Cheeky Quotes

Dec 25, 2013

Surat cinta untuk diri



Salam buat semua. 

Haa awal-awal lagi dah tunjuk pasal final exam. adeshhh

So, disebabkan mood study tak muncul-muncul dah seminggu cuti ni, aku nak layangkan surat cinta.. haaa #layangkanlah sangat.

***********************************

Sayangku Hazimah,
Mohon belajar dengan rajinnya untuk kecapi kejayaan. Jangan nanti ada penyesalan dikemudian hari.

Ingatlah duhai Hazimah, 
Apa yang Allah berikan adalah daripada hasil usaha kita sendiri. Kalau sikit usahanya maka, sikitlah berolehnya. Jika banyak usahanya maka, akan banyaklah berolehnya. 

Wahai Hazimah,
Jangan pernah menghampakan hati orang-orang sekelilingmu. Mereka inginkan kejayaan daripadamu bukannya kegagalan. 

Sayangku Hazimah,
Masih sempat lagi untuk kamu mempersiapkan diri untuk tempuhi ujian ini. Gunakanlah waktu yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Jangan pernah kamu mensia-siakan waktu.

Sharifah Hazimah,
Fikirkan yang anda boleh. Selagi ada jalan, selagi itu ada kejayaan!

### Duhai mood study, muncullah dikau temani hari-hari indah ku ini :)

# Moga tiada penyesalan dikemudian hari. Aamiin

Dec 21, 2013

Ragam manusia


Salam buat semua. 

Saja aku nak berkongsi cerita, mudah-mudahan boleh buat tauladan buat kita semua.

Ada seorang atuk, isterinya baru sahaja meninggal dunia. Tidak mempunyai cahaya mata. Mereka diberikan kekayaan, kebahagiaan serta kejayaan sebagai rezeki di dunia ini. Namun, tidak sedikit pun mereka hidup dalam keadaan mewah. Hidup mereka biasa-biasa saja. 

Aku kagum dengan pasangan ini. Mengamalkan cara hidup yang sangat biasa. Semua orang menyenangi mereka. Bertahun tidak jumpa, dengan khabar berita yang mengatakan bahawa nenek sudah tiada, buat aku terdiam. Sesungguhnya aku sedar, itu semua takdir Ilahi. Semua redha.

Bukan kesedihan yang ingin aku kongsikan. Sikap serta ragam manusia yang aku ingin ceritakan.

Lumrah manusia yang cintakan dunia. Sifat tidak memikirkan orang lain, hanya mementingkan diri sendiri. 

Sesungguhnya atuk sangat baik orangnya. Tidak pernah berkira. Dengan kehilangan arwah nenek, atuk memerlukan sokongan moral dan bantuan daripada orang-orang disekelilingnya. 

Manusia yang tidak punya hati, tidak punya perasaan akan mengambil kesempatan atas kebaikan atuk. Mahu menuntut janji arwah nenek yang sudah tiada walhal belum pasti janji itu benar. Janji yang hanya untuk kepentingan sendiri, yang hakikatnya semua itu mampu untuk dia lakukan. 

Manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain adalah manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Menjaga atuk hanya untuk mendapatkan "sesuatu" bukan dengan niat yang sempurna. 

Mujur atuk bukan calang-calang orangnya. Orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya serta taat dengan suruhan Allah akan sedar bila orang lain ingin mengambil kesempatan terhadapnya. 

# Bukan harta mahupun wang ringgit yang akan selamatkan kita disana. 

# Ikhlaskan lah niat untuk kita melakukan sesuatu perkara. Sesungguhnya, Allah pasti membalas segala kebaikan mahupun kejahatan yang kita lakukan. 

**** Moga arwah nenek itu tenang disana. Semoga Allah merahmati dia.. dan memberikan kesihatan serta kesejahteraan buat atuk itu. Aamiin.

Moga Allah tunjukkan jalan


Salam buat semua. 

Terasa tenang sekali bila berada di rumah. Terasa aman dan damai. Sesungguhnya, rumah itu syurgaku. Walau jauh mana pun aku pergi, rumah jugalah aku cari. Dua bulan berjauhan dengan keluarga, sangat perlukan kekuatan. Hanya doa yang mampu aku kirimkan memandangkan jarang untuk berhubung. 

Mak, walid, abang, Amir, Haziq dan Haziqah.. Masing-masing aku rindu. Berhadapan dengan mereka dapat menghilangkan segala macam perasaan. Sedih dan duka berada di tempat orang membuat aku lemah kadang-kalanya. Hanya tangisan dan meminta bantuan pada Dia yang membuat aku kuat di samping sokongan moral yang diberi.

Orang kata aku kuat. Hakikatnya aku lemah. Aku lemah untuk perbaiki keadaan. Sesungguhnya hubungan silaturrahim itu sangat penting buatku. Bertemu kerana dia dan aku berharap hanya maut yang memisahkan dan berharap untuk berjumpa di syurga idaman semua. 

Aku merenung, berfikir dan memekirkan apa yang terjadi. Apakah ia salahku? Apakah ianya silapku.. Aku buntu, sungguh aku buntu. 

Aku bertahan.. Lama aku bertahan. Aku menerima walau siapa pun yang hadir di sisi. Aku bukan jenis memilih. Walau siapa pun dia, walau manapun asalnya, walau apapun sikapnya, aku terima. Sesungguhnya persahabatan dan perkenalan itu bukan kerana apa.. hanya kera Dia sang pencipta.

Kawan.. Apa erti kawan? Apa makna sahabat? Dan apa pula erti persahabatan? 

Aku berfikir.. Apa mungkin belum cukup aku menjaga hati mereka. Mungkin aku belum cukup memahami mereka. Atau mereka yang tidak nampak semua itu.. Hanya salah yang dicari, bukan mencuba untuk memahami apa yang aku lakukan.

Aku seakan tidak punya perasaan. Datang dan pergi sesuka hati. Bila rasa marah, bila rasa bosan abaikan. Bila rasa baik, datang mencari. Apa perlu untuk aku terus bertahan dan mempertahankan hubungan ini.. Pekara yang terjadi membuat aku sedar. Aku sedar siapa aku di hati dia. Mungkin dia tidak menganggap aku sahabat dia seperti mana aku mengganggap dia sahabatku. 

Dari awal perkenalan, aku cuba mengenali. Masuk tahap menjadi rakan sebilik, aku cuba memahami. Aku cuba pertahankan hubungan ini dari awal. Jika tidak, untuk apa aku berendam air mata menahan sikap ego dia. Aku berdiam, Aku bersabar. 

Sekarang, aku terpaksa lakukan ini. Berdiam diri walau selisih sekalipun aku tidak menyapa. Bukan niat aku untuk membalas dendam, aku cuma berharap dia sedar. Sakitnya hati bila kita berdiam diri sedangkan orang lain sibuk berfikir. 

Aku hormat pada mulanya. Aku sayangkan perkenalan ini. Namun aku terpaksa. Terpaksa untuk menunjuk yang aku membenci. walau bukan itu perasaannya.


# Kita bertemu kerana takdirnya. Perkenalan kita ada sebabnya. Persahabatan kita ada hikmahnya. 

# Apa yang terjadi mungkin untuk kita sedar dan berfikir,  apa perlu kita terusan begini atau kita saling perlukan untuk menjaga persahabatan kita.

# Gives and take sangat diperlukan dalam persahabatan.

## Moga Allah tunjukkan jalan.. 

** Good luck final exam nanti. wish you the best my friend. 
 

Didik Hati Jaga Lidah



Salam untuk semua. 
Saja nak berkongsi ilmu ni.
Tengah membaca utusan online, terjumpa pula artikel ni.
hee so copy jea laa untuk korang korang.
Kira macam tazkirah sebelum tidur la ni. hee :)

************************

MENDIDIK hati adalah pendidikan diri yang paling penting dalam kehidupan setiap manusia. Kalangan orang tua-tua dahulu selalu menasihatkan generasi sesudahnya agar didik hati supaya sentiasa istiqamah dan berbudi bahasa. Pendidikan hati dengan keimanan dan ketakwaan akan menjurus kepada kesederhanaan dan keinsafan.

Hati yang baik akan menjauhi segala dosa terutama yang melibatkan perkataan dan perbuatan. Justeru, kalangan remaja masa kini sewajarnya mendidik hati supaya segala tindak-tanduk kita sentiasa terpelihara dan tidak dimurkai Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “ Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan, maka Allah akan merahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan).” (riwayat Al Hakim)

Justeru, taubat, istighfar, zikrullah, tilawatil Quran, solat fardu dan nawafil serta amal soleh yang lain merupakan kunci yang terbaik ke arah mendidik dan membentuk hati, perasaan dan jiwa ke arah menjadi Mukmin yang mendapat hidayah, keampunan dan rahmat Allah SWT.

Hati dikatakan tempat bertapaknya segala hasad dengki, sombong, bakhil, riak, munafik (nifak), bangga diri (ujub), putus asa, cintakan dunia, perasaan dukacita, mengikut hawa nafsu, buruk sangka, enggan bertaubat daripada dosa, benci sesama Muslim, kufur terhadap Allah, tidak menyedari kejahilan diri, malas melaksanakan ibadah, ragu-ragu terhadap kebenaran ajaran Islam bermula.

Semua sifat ini bermula daripada hati. Kemudian memantulkan kepada percakapan dan perbuatan. Islam melarang keras semua perasaan ini wujud di hati kita kerana ia merupakan dosa hati yang boleh membinasakan diri dan dibenci oleh Allah SWT dan rasul-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: Adakah patut mereka dengki kepada manusia atau nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya. (an-Nisa: 54)

Menurut Imam al-Ghazali tujuh perkara yang tercela yang boleh merosakkan diri sendiri. Antaranya; suka kepada permusuhan, merasakan kemuliaan diri, takbur, mengagumi diri sendiri, takut hilang cita-cita yang diinginkan, suka menjadi ketua dan jiwanya jahat dan kikir.

Oleh itu, amalan berbudi bahasa dalam masyarakat perlu ditekankan kembali melalui didikan hati di rumah dan di sekolah. Melalui pendidikan hati akan menjadikan budi bahasa lebih terpuji dan berfikir sebelum sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Lantaran itu, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang soleh Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa. (riwayat Ath-Thabrani dan Muslim)

Ini akan menjadikan kehidupan dalam masyarakat lebih tenteram dan tidak akan berlaku perbuatan yang menjurus kepada kesombongan, hasad dengki, riak, cintakan dunia dan bangga terhadap kelulusan, rupa paras serta kedudukan.



cc : DR Aminudin Mansur (Didik Hati Jaga Lidah)

Oct 16, 2013

Lagi... Luahan rasa


Salam aidiladha buat semua :)

Dek kerana sibuk dengan semester baru, dua bulan sudah tidak meluahkan rasa hati disini. Dalam dua bulan itulah bermacam perkara dan dugaan telah terjadi. 

Bertemu dan berpisah dengan si dia juga telah terjadi dalam dua bulan itu. *haaaa berpisah kejap jea pun. 

Sekarang ni, aku saja nak menulis dan meluahkan apa yang aku rasa. Rasa yang aku sendiri tak pastinya apa. Yang pastinya, bukan sedih mahupun duka.

Ini semua cerita mengenai si dia..

******

Dia,
Dia yang aku kenali tidak lebih setahun yang dulu,
Dia yang banyak membantu,
Dia yang selalu menghibur,
Dia yang bijak menyelesai untuk setiap perkara yang mengganggu.

Dia,
Dia ibarat abang pada mulanya,
Mati-mati aku menafikan hakikatnya,
Berusaha aku untuk tidak menunjuk rasa,
Untuk terus kekal bahagia.

Dia,
Kini insan yang disayang,
Insan yang sering dirindu,
kala dekat mahupun jauh,
Yang bisa buat ku terbayang-bayang.

Kini,
Aku perlu berjauhan,
Perlu kuat menjaga hati,
Untuk tidak terus menyepikan diri,
Di kala rasa itu menghadir dalam diri.

### ehemmm. 
Tetiba rasa nak menyanyi.
Walau tak berapa nak reti,
Kita bantai sajalahhh.. haaa

~ jika kau tiada wajah siapa harus ku tenung bila mencari ketenangan arakian suara siapakah kan membisikkan kata-kata cinta.. ~

**** Walau apa pun yang terjadi, kita harus ingat dan sedar bahawa DIA ada di atas sana. 

**** Hakikatnya kita dekat di saat berjauhan. hee

**** Tetapkanlah pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman..

p/s : ku tak mahu panggil abang lagi sebab ramai sangat yang panggil macam tu. hahahaha!

Aug 14, 2013

~~~~~~

Perasaan apakah ini?
Mengapa perlu ada rasa ini?
Rasa yang hanya menambah kesedihan dihati,
Rasa yang hanya membuat diri alpa dengan duniawi.

Perasaan ini mengganggu jiwa.
Yang membuat aku leka,
Yang membuat aku lupa,
Bahwa ada sang pencipta di atas sana.

Mengapa perlu aku bersedih?
Sedangkan masih ada Dia di atas sana,
Masih ada Dia yang bisa membantu,
Masih punya Dia yang bisa menjaga,
Masih punya Dia yang mengetahui segalanya.

Mungkin terlalu rindu yang buat aku begini.
Rasa rindu yang tak penah hilang walau sesaat,
Rasa rindu yang sentiasa bertambah disaat berjauhan,
Rasa rindu yang buat aku termenung mengenangkan.

Sedih, suka dan duka menjadi satu.
Kadang dalam tak sedar,
Aku bisa menangis ketika tertawa,
Aku bisa termenung ketika bergembira..
AKU GILA!




Jul 23, 2013

Luahan rasa

"Dengarlah aku.. Suara hati ini memanggil-manggil namamu..karna separuh aku dirimu.."

Jadi aku mudah.
Bila aku kata sayang, maknanya aku sayang.
Bila aku kata rindu, maknanya aku rindu.
Bila aku kata perlu, maknanya aku memerlukan.
Dan bila aku kata jangan, aku mohon jangan lakukan.

Aku tak mahu apa yang terjadi dulu jadi lagi suatu hari nanti.
Apa yang aku takutkan, apa yang aku rasa akan terjadi.
Dan benda tu akan sakitkan diri aku.

Sayang memang aku sayang.
Tapi, aku lagi fikirkan perasaan orang lain daripada jaga hati aku sendiri.
Bila aku tahu ada orang lain yang sayang, 
Bila aku tahu ada orang lain yang suka,
Bila aku tahu ada orang lain yang perlu,
Aku akan lepas.
Melepaskan orang yang aku sayang.
Melepaskan orang yang aku perlu.
Kerna itu diriku.

Aku tak mahu mempertahankan sesuatu tambah-tambah ia akan menyakitkan aku.
Aku tak mampu untuk mendengar kesedihan orang lain yang memerlukan itu.
Aku tak mampu untuk melihat kesakitan orang lain yang menyayangi itu.
Kerna aku tahu akan sakitnya.
Aku tahu betapa peritnya rasa itu.

Aku mohon, 
Aku mohon untuk faham perasaan aku.
Aku dah tak mampu,
Tak mampu untuk mempertahankan sesuatu itu.
Dan aku belum bersedia,
Belum bersedia untuk bergembira setelah kehilangan..

#Mungkin awak bukan yang pertama. Saya berharap agar awak jadi yang terakhir.

#Tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman#




Jul 14, 2013

Sedih dalam kegembiraan

Salam Ramadhan.

** Dek kerana exam yang telah tamat, maka dengan gembiranya aku bersuka-ria. HAHA. (walhal exam belum habis pun aku dah seperti merdeka. Al maklumlah, last paper selalunya di anak tirikan. HOHO).

Perasaan aku.
Malam ni aku nak tulis mengenai perasaan aku.

Alhamdulillah syukur.
Aku bersyukur kegembiraan ini terpancar lagi dengan ikhlasnya.
Tiada lagi senyuman dan gelak-ketawa yang dibuat-buat.
Semuanya ikhlas dari hati. #cehhhh.

Sejak selasa yang lepas, aku dapat balik kegembiraan itu.
Tanpa aku sangka, aku masih boleh tersenyum dengan sendirinya, tanpa dipaksa.
Aku sangka, akan tiada lagi perasaan itu.
Aku sangka semua itu perlu berakhir.
Aku sangka air mata akan terus menemani hari-hariku.
Namun siapa sangka,
Rancangan Allah lebih baik dari itu.

Sesungguhnya aku teruk. 
Aku teruk sebab aku hampir-hampir give up.
Aku teruk sebab aku seakan tidak mempercayai takdir Ilahi.
Aku teruk sebab aku tidak cuba dan terus mencuba untuk memahami situasi yang terjadi.

Sekarang,
Hari-hari yang aku lalui penuh dengan senyuman.
Hari-hari yang aku lalui penuh dengan gelak tawa.

Aku gembira.
Aku gembira sebab dia ada untuk menemani aku.
Aku gembira sebab dia ada untuk terus membuat aku tersenyum.
Di saat keluarga jauh,
Dia menemani hari-hari ramadhan ku.
Sungguh ini tahun pertama aku menyambut ramadhan tanpa keluarga.
Setiap tahun, ramadhan pertama pasti berkumpul dengan mereka.
Aku bersyukur. Sangat.

Namun,
Di saat aku gembira,
Aku tahu dan sedar hati dia terluka.
Aku tak pasti rancangan Ilahi.
Aku tak pasti apakah akan hakikat semua ini. 
Buntu. 
Semua buntu.

Saat ini,
Perasaan rindu dan sayang bercampur dengan perasaan takut.
Aku takut dengan semua ini.
Aku takut aku tak mampu untuk terima hakikat masa hadapan.
Hakikat yang aku perlu hilang dia.
Aku tak mampu.
Aku masih belum bersedia untuk merasai kehilangan.
Sungguh aku tak mampu.

Hakikatnya,
Aku perlu terima rancangan dan takdir Ilahi.
Hakikatnya,
Aku perlu berserah dan redha dengan apa yang bakal terjadi.

Aku sendiri tak pasti.

Masihkah akan berterusan kegembiraan ini?

*****

# Berserah yang mampu aku lakukan.
# Percaya bahawa rancangan Allah lebih baik daripada apa yang kita rancangkan.
# Harap apa yang Dia rencanakan sama seperti apa yang kami rancangkan. Aamiin.

# 4 tahun itu lama. Macam-macam boleh jadi. 

# Ya Allah, simpankanlah hati dan cintanya untuk aku jika benar dia untukku.. Aamiin 

Jul 8, 2013

Gembira belum pasti hati gembira

"Untunglah dia.. orang sayang nak balik"
"Mesti mu sukakan dia nak balik sini"
"Best nya dekat dengan buah hati"

Itu adalah sebahagian daripada kata-kata yang aku terima apabila dia pulang ke sini. 

Yes! Memang aku gembira, aku suka bila dia kata nak balik sini. Walaupun hati terasa namun disimpan sendiri. Tiada tempat untuk aku mengadu selain Dia di atas sana.

Aku tunggu, aku nanti hari kepulangan dia. 
Sepi.
Sunyi.
Aku sedih, bila berulang kali aku cuba menghubungi dia tapi gagal.

Positive mind.

"Dia saja tak nak bagitahu. Dia saja nak buat surprise." Kata Roommate aku.

Okay fine. 

Dia dah ada di sini. 
Namun macam tiada.
Dia berubah.
Lain dari yang lain.
Lain dari sebelum ini.

Tak tahu ke dia yang aku rindukan dia?
Aku rindu nak bercerita, aku rindu nak bergelak ketawa dengan dia.
Tapi ke manakah semua tu?

** Hanya study elok-elok yang dia ungkap. Tapi, boleh ke aku nak tumpukan pada study bila hati ini terlalu sedih.. Hati ini terlalu perit tahan semua ini. 

Aku cuba ajak dia keluar. Dengan mudah juga dia tolak. 

Mungkin aku tak penting lagi untuk dia. 

Mungkin aku perlu terima semua ni.

Mungkin aku perlu bersedia untuk semua ni..

# Aku tak kuat. Aku belum bersedia. Aku tak mampu untuk rasa kehilangan untuk kesekian kalinya..

# I miss you. I need you, right here, right now.

Jun 15, 2013

Alhamdulillah

Salam syukur aku panjatkan kepada-Mu ya Rabb.
Sesungguhnya hanya kau yang mengerti.
Sesungguhnya hanya kau yang mengetahui.
Sesungguhnya hanya kau yang tahu apa yang terbaik buat kami hamba-hamba-Mu ini.

Ya Allah,
Di saat air mata bergelinangan di pipi menangisi apa yang terjadi,
saat itulah kau datangkan kebahagiaan buatku.

Syukur.
Hanya itu yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa gembiranya hati saat menerima panggilan daripada dia.

Aku pasrah, 
Aku redha dengan ketentuan Dia.
Dia lagi mengetahui apa yang terbaik.
Sesungguhnya rencana-Nya adalah yang terbaik.

Aku hanya berpegang dengan doa.
Hanya mampu berdoa supaya apa yang Dia rencanakan sama seperti apa yang kami rancangkan.
Mungkin ini ujian.
Walaupun aku hampir-hampir nekad untuk memutuskan semua ini,
Namun berdoa yang terbaik masih lagi aku lakukan.

Aku menerima panggilan sesudah mengalirkan air mata kepada yang Maha Esa.
Aku menerima panggilan disaat hati terlalu sedih merindui dia,
Aku menerima panggilan setelah kami sama-sama menghabiskan tugas melaksanakan solat isyak.

Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih aku ucapkan pada-Mu.

Sesungguhnya kau memahami hati-hati kami ini.

# Alhamdulillah. Tapi, masaklah aku kena bahan dengan roomate yang aku sayang. hehe



Jun 12, 2013

Aku rindu.

Rindu.
Hanya itu yang mampu menggambarkan tentang perasaan aku saat ini.

Aku seakan nekad untuk memutuskan semua ini.
Hati perit, sedih, kecewa dengan apa yang berlaku.

Janji.
Janji yang hanya tinggal janji.
Janji yang sudah berulang-kali kali dibuat, namun semuanya palsu.

Aku sakit.
Sakit menahan jiwa yang berlari jauh dari jasadku.
Jiwa yang seolah-olah meronta dan berlari untuk minta perhatian.

Aku cuba memahami.
Memahami situasi yang berlaku saat ini.
Orang kata aku kuat.
"Yes, I am strong enough to face it."
Itu hanyalah sebaris kata-kata.
Hakikatnya....
Aku lemah!

Aku sudah tidak berdaya lagi menanggung semua ini.

Adakah kau tahu aku sangat perlukan mu saat ini?
Adakah kau mengerti tentang hati ini?
Adakah kau fahami perasaan ini?

Aku cuba, cuba dan mencuba.
Cuba menahan perasaan hingga keadaan kembali pulih.
Apakan daya..
Situasi menghimpit diriku sendiri.

# Aku hanya mampu berdoa, dan terus berdoa supaya apa yang kita rencanakan sama seperti apa yang Dia rencana. 

 
  
 

May 28, 2013

Luahan perasaan

Mengapa perlu rasa rindu pabila ia menyedihkan.
Mengapa perlu rasa sayang pabila akan kehilangan.

Sememangnya cerita kali ini berkaitan dengan dia. Yes, dia yang aku sendiri tak tahu di mana. HAHA 
Dia bukanlah teman istimewa yang perlu ditunjuk serta diceritakan kepada semua. Dia adalah teman umpama abang yang sangat diperlukan. 

Saat ini, hati merintih mencari dia. Ke mana hilangnya dia aku sendiri tak pasti. Yang pastinya, dia berdepan dengan exam siang tadi. Mungkin masih lagi di sana. Apa yang diharapkan, semoga dia baik-baik sahaja.

Aku sangat merindui dia. Itu adalah hakikat. 

Mungkin ini apa yang diinginkan. Apa yang selama ini ditakutkan mungkin terjadi. Aku belum bersedia untuk itu. Aku belum bersedia untuk merasa kehilangan untuk kesekian kalinya. Walaupun aku tahu, itu adalah hakikat yang harus aku terima namun maaf, aku belum cukup bersedia. 

Di saat aku perlu menyiapkan tugasan-tugasan akhir sebelum menamatkan semester ini, saat itulah datangnya ujian pada aku. Hanya tersenyum, gelak ketawa yang mampu aku lakukan untuk berdepan dengan ujian itu. Aku ingin bercerita. Cuma tidak tahu pada siapa yang patut aku ceritakan. Sudahnya, pendam itu adalah yang terbaik. 

Mungkin, jika aku kuat, aku akan terus melakukan apa yang terjadi sekarang ini. Berdiam diri tanpa khabar berita. Masa itu barulah dapat aku berfikir, muhasabah diri terhadap perasaan aku sendiri. 
Maaf mungkin diberi. Bagilah seribu alasan sekali pun, hakikatnya sangat perit untuk aku terima. Aku merasakan semua ini tidak sepatutnya terjadi. 

Aku punya perasaan. Jangan kerana dia tahu apa perasaan aku, semudah itu untuk dia persendakan. 

Aku punya hati. yang mungkin akan berubah bila terlalu kecewa diperlakukan begini.

Aku cuma tak mahu jatuh lagi. Sangat perit apa yang dirasakan dulu dan aku tak mahu itu terjadi lagi. Aku kena lebih kuat, itu yang pasti. 

Aku tak menepati janji. Mungkin sebab itu semua ini terjadi. 

# La Tahzan. Walau apa pun yang terjadi, Allah bersama kita. Rancangan Dia jauh lebih baik daripada apa yang kita rancangkan. 

# Have fun with your life my dear brother :) 

May 11, 2013

Merindui mereka

Perasaan sedih kala ini amat kuat dalam jiwa. Ya Allah, kuatkan semangat aku untuk berjauhan dengan mereka seperti mana aku berjauhan dengan keluargaku. 


Almost a year we does not meet. 

Aku tak berapa ingat cerita perkenalan kami. Yang pastinya, Yaya insan pertama yang rapat dengan aku. Then Azie. Kteorg banyak buat "benda" sama-sama. Selalu belajar sama-sama. Aku rindu untuk kena marah dengan Azie. Aku rindu nak dengar segala nasihat dia. 
Kami terpisah bila aku tak sambung sem 4 diploma. Aku meneruskan perjuangan untuk ke ijazah. Saat itu, hati menerima tawaran kerana terluka. Hanya kerana nak berlari daripada kenangan, aku tinggalkan mereka.



Mereka baik. Sangat-sangat. Ouhhye, ada sorang lagi bernama Aida Adila. Mereka semua kenalan aku semasa diploma. 

Saat ini, aku merindui mereka. Aku rindukan mereka dan dia. Si dia yang persis seperti abangku. Dia yang bisa jadi abang, sahabat dan kadang-kala seperti buah hatiku. Ohhoooo (mereka yg kata dan bukan aku HAHA). 

Mereka semua jauh. Jauh di mata namun tetap dekat dihatiku. Kami jarang berhubung. Apatah lagi berjumpa. Aku hanya mampu berdoa. 

Impian aku, untuk membuat mereka gembira. Kejayaan yang ingin aku kecapi hanya kerana Allah dan untuk keluarga dan mereka. 

# Tahniah sahabat kalian dah berjaya tamatkan diploma dengan sempurna. In sya Allah, panjang umur murah rezeki kita berjumpa :) I miss you all. 

# And buat awak, I am proud of you my dear. Do your best! Hope to see you here on the graduation day my brother :)

Apr 24, 2013

Berjauhan sememangnya perlukan kesabaran


" Sebelum tidur ku ingat kamu, tersenyum aku pada bayanganmu, aku berkata dalam hatiku, aku rindu kamu... "

Hakikat yang perlu semua orang terima, kesabaran yang tinggi amat diperlukan sekiranya kita berjauhan dengan orang-orang yang disayangi.  Kita perlu terima sekiranya dia/mereka sibuk dengan tugasan-tugasan yang ada. 

Ouhhh rindu itu sakit. Dan sakit rindu itu boleh membuatkan kita tidak senang duduk. Kita akan memikirkan dia yang dirindui, dia yang berada jauh dengan kita.

Ehemmm ehemmm. 

Cerita ini sememangnya untuk dia yang berada di sana. 

Di saat genting untuk pilihan raya ini, dia sibuk turun padang bagi membantu apa yang patut. Disebabkan kesibukan itu, aku tak mampu untuk hubungi dia macam selalu. 

Ouhhh sabarlah hati. Dia tak ke mana pun. Baik kau fokuskan pada kerja-kerja kau yang ada tu. Lagi bermanfaat. HAHA

**********************

Doa ketika merindui dia: Ya Allah, sampaikan salam rindu ini untuk dia. Bantu kami untuk jaga hati kami. Semoga dia juga merinduiku. Aamiin

# Saya tunggu walaupun tak berpegang dengan apa yang awak katakan. =) 

# Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. 

** Tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman.




Apr 23, 2013

Amalan: Lembutkan hati mengingati Allah


Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.

Di pagi hari ini, rasa nak mengongsikan satu amalan yang sangat baik untuk kita amalkan.

Ianya tidak susah, bila-bila masa pun boleh kita lakukan.

Apanya tu ye??? hehe

Zyma nak mengajak anda dan anda, teman-teman semua untuk kita bersama-sama berzikir kepada Allah.


Ayuh kawan-kawan, kita memuja dan memuji Allah, Tuhan semesta alam. Mengapa kita tidak menjadikan ini sebagai amalan kita? Sedangkan Setiap ciptaan-Nya pasti melakukan perkara ini.



Now, Zyma nak kongsikan makna-makna kalimat tersebut :)
Yang dimaksud bacaan tasbih (subhanallah = Maha Suci Allah) adalah menyucikan Allah dari segala kekurangan yang tidak layak bagi-Nya.
Yang dimaksud bacaan tahmid (alhamdulillah = segala puji bagi Allah) adalah menetapkan kesempurnaan pada Allah dalam nama, shifat dan perbuatan-Nya yang mulia.
Yang dimaksud bacaan tahlil (laa ilaha illallah = tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah) adalah berbuat ikhlas dan mentauhidkan Allah serta berlepas diri dari kesyirikan.
Yang dimaksud bacaan takbir (Allahu akbar = Allah Maha Besar) adalah menetapkan keagungan atau kebesaran pada Allah Ta’ala dan tidak ada yang melebihi kebesarannya.
Semoga amalan ini dapat melembutkan hati kita agar tidak leka dan lupa mengenai sang pencipta.



Dan ingatlah teman-teman, sesungguhnya kita perlu menjaga hati dan diri daripada terus melakukan perkara-perkara yang dilarang. Ingatlah.. (khusus untuk teman-teman hawaku..)



# " Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas diri sendiri.. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan " - Imam Hasan Al Basri -

PRU13: Doakan kejayaan Johor Bahru




       


Calon BN : P160 Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan N44 Datuk Adam Sumiru.

Kami sayangkan Johor , kami sayangkan Johor Bahru.

Selamat maju jaya untuk calon-calon BN terutamanya calon Johor Bahru dan Dun Tanjung Puteri :)

Kami nekad untuk terus menyokong BN.
 
Good luck!!


Apr 19, 2013

PRU13= Nama calon bagi negeri Johor

Okay, memandangkan Zyma duduk di Johor Bahru, So, Zyma share nama-nama calon untuk negeri Johor sahaja lah ye. Hehe. 

  • Senarai calon Barisan Nasional (BN) Johor
      P140. Segamat – Datuk Dr. S. Subramaniam
N01. Buluh Kasap – Norshida Ibrahim (baharu)
N02. Jementah – Dr. Lee Hong Tee
P141. Sekijang – Anuar Abd. Manap (baharu)
N03. Pemanis – Lau Chin Hoon
N04. Kemelah – Datuk Ayub Rahmat
P142. Labis – Datuk Chua Tee Yong
N05. Tenang – Mohd. Azahar Ibrahim
N06. Bekok – Tan Chong (baharu)
P143. Pagoh – Tan Sri Muhyiddin Yassin
N07. Bukit Serampang – Ismail Mohamad (baharu)
N08. Jorak – Datuk Dr. Sharuddin Salleh
P144. Ledang – Hamim Samuri
N09. Gambir – M. Asojan
N10. Tangkak – Goh Tee Tee
N11. Serom – Abdul Razak Minhat (baharu)
P145. Bakri – Lee Ching Yong
N12. Bentayan – Fong Soh Lan (baharu)
N13. Sungai Abong – Datuk Dr. Haris Salleh (baharu)
N14. Bukit Naning – Datuk Saipolbahari Suib (baharu)
P146. Muar – Datuk Razali Ibrahim
N15. Maharani – Datuk Zulkhairi Ahmad (baharu)
N16. Sungai Balang – Zaiton Ismail (baharu)
P147. Parit Sulong – Datuk Noraini Ahmad
N17. Semerah – Mohd. Ismail Roslan (baharu)
N18. Seri Medan – Datuk Zulkurnain Kamisan (baharu)
P148. Ayer Hitam – Datuk Wee Ka Siong
N19. Yong Peng – Lim Kee Moi
N20. Semarang – Datuk Samsolbari Jamali
P149. Seri Gading – Datuk Aziz Kaprawi
N21. Parit Yaani – Tiow Yew Chuan (baharu)
N22. Parit Raja – Datin Azizah Zakaria (baharu)
P150. Batu Pahat – Dr. Mohd. Puad Zarkashi
N23. Penggaram – Dr. King Ban Siang (baharu)
N24. Senggarang – Abd. Aziz Ismail (baharu)
N25. Rengit – Ayub Jamil
P151. Simpang Renggam – Liang Teck Meng
N26. Machap – Abd. Taib Abu Bakar (baharu)
N27. Layang Layang – Abd. Mutalip Abd. Rahim
P152. Kluang – Datuk Dr. Hou Kok Chung
N28. Mengkibol – Chye Kwee Yeow (baharu)
N29. Mahkota – Md. Jais Sarday
P153. Sembrong – Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
N30. Paloh – Teoh Yap Kun (baharu)
N31. Kahang – R. Vidyanathan
P154. Mersing – Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad
N32. Endau – Datuk Abd. Latiff Bandi (baharu)
N33. Tenggaroh – K. Raven Kumar (baharu)
P155. Tenggara – Datuk Halimah Mohamed Sadique
N32. Panti – Datuk Baderi Dasuki
N33. Pasir Raja – Datuk Dr. Adham Baba
P156. Kota Tinggi – Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (baharu)
N36. Sedili – Rasman Ithnain
N37. Johor Lama – Asiah Md. Ariff
P157. Pengerang – Datuk Seri Azalina Othman Said
N38. Penawar – Hamimah Mansor
N39. Tanjung Surat – Datuk Syed Sis Syed A. Rahman (baharu)
P158. Tebrau – Khoo Soo Seang (baharu)
N40. Tiram – Datuk Maulizan Bujang
N41. Puteri Wangsa – M. Soorianarayanan (baharu)
P159. Pasir Gudang – Normala Abd. Samad (baharu)
N42. Johor Jaya – Tan Cher Puk
N43. Permas Jaya – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
P160. Johor Bahru – Tan Sri Shahrir Samad
N44. Tanjung Puteri – Datuk Adam Sumiru

N45. Stulang – Chong Chee Siong (baharu)
P161. Pulai – Datuk Nur Jazlan Mohamed
N46. Pengkalan Rinting – Chang Nie Kee (baharu)
N47. Kempas – Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat (baharu)
P162. Gelang Patah – Datuk Abdul Ghani Othman
N48. Skudai – Liang Ah Chy (baharu)
N49. Nusajaya – Datuk Dr. Zaini Abu Bakar (baharu)
P163. Kulai – Tay Chin Hein (baharu)
N50. Bukit Permai – Ali Mazat Salleh (baharu)
N51. Bukit Batu – Cheong Chin Liang
N52. Senai (belum diumumkan)
P164. Pontian – Datuk Ahmad Maslan
N53. Benut – Datuk Ir. Hasni Mohamad
N54. Pulai Sebatang – Datuk Tee Siew Kiong
P165. Tanjong Piai – (belum diumumkan)
N55. Pekan Nanas – (belum diumumkan)
N56. Kukup – Suhaimi Salleh (baharu)

#SUMBER:BumiGemilang

**************************

# Good luck buat mereka! Semoga terus maju. 

    Kritikan membawa seribu satu pengajaran

    Lama rasanya aku tak menulis di sini. So, dengan kesempatan yang ada ni, aku nak menulis untuk puaskan hati sendiri. HAHA

    Ouhh rasa indah bila berada di rumah. Rumah yang memberi ketenangan, kedamaian. Terima kasih Ya Allah. 

    Berada di Dungun memerlukan seribu satu kekuatan. Kekuatan bagi menghadapi segala macam dugaan yang ada. Yes, aku mungkin buat silap. Aku tak sempurna. Kadang aku lupa, kadang aku alpa. Kerana itu, aku memerlukan teman-teman di sisi untuk mengingatkan aku tentang apa yang aku lakukan.

    Mungkin betul kata orang, kadangkala kita tidak sedar apa yang kita katakan, ucapkan pada orang lain itu tidak semena-mena berbalik pada diri kita juga. Itu terjadi pada aku. Ouhh mereka sememangnya mencari salah aku, puas aku pertahankan diri namun peristiwa itu juga yang mereka ungkitkan. "kenapa aku marahkan dia, and kenapa aku buat perkara itu and blablablabla ......"  Ha, puas aku katakan, sememangnya peristiwa kami berbeza. Tapi tidak mengapa, itu aku terima sebagai satu pengajaran. 

    "BERFIKIR DAHULU SEBELUM LAKUKAN SESUATU PERKARA" - nasihat seseorang yang aku anggap seperti kakak aku yang terlalu banyak membantu. 

    Walau apa pun yang telah terjadi, walau siapa pun yang telah menyampaikan berita-berita itu, aku ucapkan terima kasih kerana kalian telah buat aku beringat. Aku jadikan pengajaran atas apa yang kalian katakan itu..

    ************

    # Macam mana aku bertahan untuk berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan aku, macam itu jugalah aku perlu bertahan untuk berjauhan dengan dia.

    # Kepada engkau aku berserah diri Ya Rabbi. 


    Mar 14, 2013

    Hargailah dirimu wahai wanita :)


    Bismillahirrahmanirrahim- Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.

    Buat kakak-kakak, adik-adik, ibu-ibu dan semua kaum hawa.

    Pagi ni, Zyma nak kongsikan something yang sangat bermakna buat kita semua.

    Act, baru terbaca dekat facebook then tak salah rasanya kalau kita kongsikan bersama. Iyee dak? hee ;)

    Buat yang dah pernah baca tu, tak salah pun kalau nak baca lagi. Kan kan kan? :)

    Okaylah, so jom teruskan bacaan..

    Opsss, before tu, baca yang nie dulu ye. Hee

    " Wanita solehah adalah wanita yang sukar dimengerti, biar pun didunia namanya bukan siulan, namun dilangit jadi bualan. Wajahnya adalah ketenangan, pandangannya menerbitkan ketulusan, kadangkala bisiknya menambahkan semangat perjuangan "

    ****************

    Ketika Allah menciptakan wanita,
    Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

    Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

    Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
    Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
    Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
    Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

    Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

    "Tetapi...Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

    "Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

    "Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

    Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

    Malaikat itu menyentuh dadanya,
    "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

    "Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

    "Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

    "Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

    Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

    Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
    Mampu tertawa saat hatinya menangis...
    Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
    Dia boleh melawan ketidakadilan...
    Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
    Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
    Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
    "CINTANYA TANPA SYARAT"

    Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

    Tuhan menjawab, "Hanya satu hal...Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

    ~Hargailah dirimu wahai wanita, tutuplah aurat dengan sempurna kerana Allah SWT telah menciptakan kejadian kita dengan sebaik-baik ciptaan~

    # Zima sendiri pun kadangkala leka, mudah alpa dengan perkara ni. Tapi, jangan jadikan itu sebagai satu alasan. Jadikanlah ia satu cabaran dan kekuatan untuk kita terus merubah diri. Yes, Jannah itu belum tentu layak untuk kita masuki namun kita mencuba untuk mendapatkan tempat disitu. 

    # Sama-samalah kita renungkan ye kawan-kawan :)



    Mar 11, 2013

    Untuk mu teman



    We are Finance students.
    Currently in part 3.

    I miss our laugh, our smile, our friendship and everything about us.

    Ouhh, I just know them in a year but, terlalu banyak aktiviti yang kami lakukan bersama.

    And now, 
    Terlalu banyak dugaan yang ada. Bermacam masalah timbul diantara kami.

    Aku dapat rasakan yang hubungan antara kami kian renggang. 
    Bagai retak yang tak mampu nak disambungkan.
    Masing-masing punya perangai dan sikap yang bermacam beza.

    Aku sayangkan mereka.

    Hanya kami berempat yang masih bersama, sekelas.
    Namun itu tak bermaksud kami bermusuhan.
    Hanya dia yang cuba membawa diri.
    Aku tak tahu punca dan sebabnya.
    Namun aku tetap mengatakan yang dia bagai melarikan diri.

    Ahhh, zalimnya untuk aku berkata begitu.
    Apakan daya, aku hanya manusia biasa yang tak mampu untuk mengawal keadaan.
    Kami sebilik even tidak sekelas.
     Namun, kami ibarat orang asing yang baru bertemu. 
    Aku sedih.

    Yes,
    Mungkin layanan aku terhadap dia sudah jauh berbeza,
    aku cuba perbaiki keadaan.
    Aku perlukan masa.

    Awak, Zima rindukan awak.
    I am very sorry sebab buat macam ni.
    Tapi awak perlu tahu, ini juga berpunca dari kelakuan awak.
    Awak harus tahu, Zima tidak akan berperangai tanpa sebab.

    Ya Allah Ya Rahim,
    Kau lembutkanlah hati kami untuk saling menerima Ya Rabb. Aku mohon, jangan pisahkan kami setelah kau menentukan untuk kami bertemu. Kami perlukan kau Ya Allah. 

    Ya Allah Ya Alim,
    Lembutkanlah hati dia, berikanlah kesedaran kepada dia Ya Allah..




    Mar 7, 2013

    Tersenyum disaat hati sedang bersedih


    Hati sering bertanya, apakah kesudahan akan situasi ini. Apakah akan ada jalan penyelesaian sekiranya masing-masing tidak sehaluan? Apakah keadaan akan kembali seperti sedia kala?? 

    Runsing, aku runsing fikirkan hal ini. 
    Tersepit. Aku tersepit diantara dua belah pihak yang sememangnya aku sayang.
    Buntu. Aku buntu untuk mencari jalan keluar, jalan penyelesaian.

    Yes, mungkin aku sendiri membuat salah. I admit. Aku banyak buat silap dalam persahabatan ini. Aku sendiri kadang-kala tidak menjaga hubungan ini dengan sebaiknya. I am selfish!

    Aku tak mampu untuk menjaga setiap hati sebaiknya. Tapi itu yang aku cuba lakukan. Namun, masih ada hati yang terluka gara-gara tingkah-lakuku. Maafkan aku. Maafkan aku karena tak mampu untuk jadi seperti dulu. But i.m still your bestfriend. 

    Tak mudah untuk kita puaskan hati semua orang. Hati kita sendiri pun belum tentu orang lain mampu jaga. Tapi, puaskan hati orang lain, gembirakan hati orang lain akan buat kita juga bergembira. Dengan sendirinya kita juga akan rasa bahagia. 

    Aku bukan teman yang baik. Aku tak mampu untuk luangkan banyak masa untuk semua orang. Aku tak mampu untuk bersama dan gembirakan teman aku dalam waktu dia susah. Aku tak mampu untuk tenangkan dia bila dia sedih. Aku tak mampu untuk lakukan semua itu.

    Aku sayangkan mereka namun aku tak tahu apa yang patut aku lakukan. 
    Aku hanya mampu berdiam, tersenyum dan terus ketawa untuk gembirakan hati orang lain dan bukan teman-teman aku yang itu. 

    Mudah untuk aku menyalahkan diri sendiri atas apa yang terjadi. Itu yang sebaiknya. Aku tak mampu berbuat apa lagi. Hanya redha bila dipersalahkan.

    Silap aku. Silap aku yang tak mampu untuk perbaiki hubungan antara kami. 

    Aku cuba bersabar untuk tidak melakukan perkara itu lagi. Aku tahu dia banyak terasa, aku tahu dia berkecil hati namun semua itu atas apa yang mereka sendiri lakukan. Itu bukan bermaksud aku sempurna, aku sendiri ada khilafnya. Khilafnya diri ini kerana tak mampu untuk menahan sabar dengan setiap perkara. 

    Aku sayangkan mereka. 



    # Mereka hanya tahu apa yang mereka rasa. Suka berharap benda yang tak pasti. Adakah mereka tahu apa yang sedang kita rasakan? Adakah mereka tahu apa yang sedang kita lakukan? 

    # Dalam persahaban seharusnya ada "give and take". Tapi adakah mereka tahu itu dan sedar apa yang mereka lakukan?

    # TIADA PENIPUAN DALAM PERHUBUNGAN.

    # Tidak ada sesiapa yang marahkan kita tanpa sebab. Semuanya dengan alasan walaupun sebesar zarah alasannya. 

    Feb 16, 2013

    Muhasabah Diri


    Kita sering leka dengan apa yang diberi. Kita selalu alpa dengan apa yang sepatutnya kita lakukan. Kita kadangkala lalai dengan tanggungjawab yang diberi. Adilkah macam tu? Kita inginkan yang terbaik. Kalau boleh, semuanya nak PERFECT.  

    Kita selalu minta dengan Allah supaya Dia beri kita apa yang kita inginkan. Kita selalu minta supaya Allah bagi apa yang kita idamkan. Tapi, kita lupa yang kita ni tak selalu pun tunaikan apa yang Allah minta kita lakukan. KITA ALPA!

    Diri ini sentiasa leka. Diri ini sentiasa lalai. Selalu sangat idamkan yang terbaik namun lupa dengan apa yang Allah dah beri. 

    Dia tahu apa yang kita perlukan. Sebab itu kadangkala Dia tak bagi apa yang kita idamkan. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. 
    " Allah beri apa yang kita perlu, Allah tak bagi apa yang kita mahu"

    Hah, sedarlah wahai diri. Mensyukuri nikmat Allah itu lebih baik dari kau merungut. Kau patut bersyukur sebab ada lagi orang yang kurang bernasib baik tidak seperti kau. 

    Duhai hati, terimalah segalanya dengan redha. Jangan mudah untuk kau berputus asa wahai Hazimah. Masih jauh lagi perjalanan, masih panjang lagi masa untuk kau teruskan niat mencapai apa yang kau idamkan. 

    # Thank you abang Iz sebab sentiasa bantu Zyma untuk menerima hakikat. Bebelan anda sangat bermakna :)   

    Jan 4, 2013

    Erti persahabatan..


    Sambil menelaah subjek Operation management tadi, Zyma terfikir tentang persahabatan dan dugaan yang sedang dialami sekarang ini. Ha, nampak sangatlah  yang Zyma tak berapa nak focus masa study tadi kan. *ishhishh, teruk jea kau Hazimah.

    Okay, whatever lah. Yang penting, di waktu yang indah lagi damai ni Zyma nak berbicara tentang persahabatan. *cehhhh ayat!  

    Zyma tak berapa nak pasti sama ada Zyma tahu, faham ataupun tidak mengenai persahabatan ni. hee. So, korang ada yang tahu tak? Kalau ada, share share lah ye :) and buat yang tak berapa nak pasti macam Zyma juga, marilah teruskan membaca. Kita fahami apa makna persahabatan.


    Friendship means a friend is someone you can be alone with and have nothing to do and not be able to think of anything to say and can be comfortable in the silences- Sheryl Condie. 

    Bagi Zyma, kita perlu menjalinkan persahabatan yang tidak bertunjangkan kepentingan. Kepentingan disini maksud Zyma, kebaikan untuk diri sendiri. Ha, faham ke? #Apa benda ntah Zyma cuba sampaikan ni. Okay, contohnya macam ni. Awak berkawan dengan seseorang tu kerana apa? Sememangnya awak berkawan/baik dengan dia hanya kerana apa yang dia ada ataupun awak berkawan dengan dia kerana ilmunya, pekertinya, dan sememangnya rasa selesa untuk berteman dengan dia. 

    Renungkanlah,
    # Jika kerana rupa kita berteman dengan dia, satu saat nanti pasti dia akan kita tinggalkan. Dan waktu itu, awak bukanlah seorang teman yang baik.
    # Jika kerana harta kita berteman dengan dia, kita pasti akan tinggalkan dia disaat kenikmatan itu ditarik balik oleh Allah.
    # Jika kerana sikap & tingkah-laku kita berteman dengan dia, suatu saat nanti pasti kita sendiri menyesali apabila tingkah-lakunya berubah.

    Kita berteman dengan seseorang itu kerana takdir yang telah ditentukan olah-nya.
    Bila kita mengenali seseorang dan ingin menganggapnya sahabat kita, kita perlu menerima siapa pun dirinya. Yes, walau hakikatnya susah, tapi tak salah kita mencuba. Am I right? 
    Persahabatan memberi seribu satu makna. Ianya sangat indah bila kita tahu bagaimana untuk mempertahankan hubungan persahabatan itu. 
    Macam 'couple' juga. Hubungan itu sangat indah dan manis bila masing-masing tahu untuk memahami, menghargai pasangannya. 
    Zyma berpegang pada prinsip: menjaga hati orang lain lebih baik daripada jaga hati kita sendiri. 
    : Memaafkan lagi baik daripada membenci.
    : Menerima lagi mudah daripada memikirkannya.
    Zyma bencikan perbalahan, Zyma bencikan perselisihan dan Zyma bencikan permusuhan.
    (Cukuplah sekali jea seumur hidup Zyma bencikan someone yang pernah rapat dengan Zyma)
    P/S: Jangan kerana satu kesalahan yang dia lakukan, awak melupakan sepuluh kebaikan yang dia lakukan kepada kita.
    #renungan untuk diri Zyma sendiri dan perkongsian buat anda sekalian :)
    buat awak: Zyma tahu itu salah Zyma. Zyma sikit pun tak memaksudkan untuk itu. Biar berapa lama pun masa yang perlu ditunggu, Bila masanya sesuai, Zyma akan explain semua tentang itu and tak mahu awak salah anggap dan terasa hati lagi. Biar apapun, You are the one of my bestfriend.