Cheeky Quotes

Mar 28, 2014

Tanya sama hati

Assalamualaikum.
Salam Jumaat buat semua.

Memandangkan tak sibuk pada cuti minggu ini, saja aku luangkan masa untuk meluahkan rasa yang terbuku dihati. 

Tanya sama hati,
Apa yang aku mahu,
Apa yang aku inginkan,
Apa yang aku perlukan.

Jawab hati,
Berjaya yang aku mahu,
Bahagia yang aku inginkan,
Redha yang aku perlukan.

Namun,
Mampukah aku?
Mampukah aku berjaya seperti yang aku mahu?
Mampukah aku bahagia seperti yang diinginkan?
Mampukah aku peroleh keredhaan?

Jawapannya cuma satu!
Dia!
Dia yang mampu berikan semua itu buatku,
Dia yang sangat aku perlu,
Untuk aku harungi segala liku.

Namun,
Aku alpa,
Aku leka,
Aku lupa.

Aku lupa apa yang aku perlu,
Aku lupa apa yang aku ingin,
Aku lupa apa yang aku mahu,
Hanya kerana satu hati.