Jul 29, 2012

Tak semua dalam hidup kita indah




" sometimes we need to forget what`s gone, appreciate what still remain and look forward to what`s coming next "

" smile like you`ve never cried, fight like you`ve never loss, love like you`ve never been hurt and live like there`s no tomorrow "


Apa yang berlaku dalam hidup kita tak semuanya indah,
Tak semua yang kita impikan tercapai,
Segala apa yang kita hajati belum tentu tertunai.
Namun, kita perlu ingat bahawa semua itu telah ditentukan oleh-Nya.

Kita perlu tahu bahawa apa yang kita fikirkan baik untuk kita kadang kala tak baik sebenarnya.
Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kita insan yang lemah, manusia yang tak pernah lepas daripada berbuat kesilapan.
Namun, itu bukan alasan untuk kita terus melakukan kesalahan.

Setiap manusia memerlukan peluang kedua untuk perbaiki diri.
Tidak kira siapa pun diri kita, apa pun dosa & salah yang telah kita lakukan.

Mungkin kerana diri yang tidak kuat untuk menahan diri daripada melakukan kesilapan, atau mungkin kurangnya ilmu dalam diri sebagai petunjuk jalan. 

Sama-samalah kita perbaiki diri untuk persiapan di alam sana kelak.
Ingatlah, kegembiraan dunia adalah sementara dan akhirat adalah yang kekal abadi.



Khas buat awak:
# I.m always pray for your happiness. Be a good men and also husband for her. 
# I.m miss you but nothing can I do. Hanya berdoa jika diizinkan Allah kita bertemu.
# Just forget what we have done, it is our past. I.m knew she can makes you happy more. NH, Congrats because your dream come true. 











 

Jul 24, 2012

Cara menjauhi Fitnah



Selamat petang buat semua :)
Dengan masa yg ada nie Zyma nak share something dengan kalian.
Semua pun tahukan, di bulan ramadhan nie semua orang inginkan ibadah mereka tidak menjadi sia-sia. 
#jagalah iman, jagalah hati, jagalah pandangan, jagalah tutur bicara & segala-galanya.

Tak kiralah bulan apa pun, kita sebagai insan biasa mesti tidak terlepas daripada melakukan dosa yg satu ini.
Apa dosa tu ye ? Kawan-kawan tahu ?

FITNAH !

Okay, anda tahu apa itu fitnah?
Iye, fitnah berlaku apabila kita mengatakan/menyampaikan sesuatu berita yg tidak benar, yang tidak tepat.
So, kalau dah tahu, kenapa buat ?
~Biasalah manusia~

Ingatlah wahai kawan,
Al-fitnatul ashaddu minal qatl !

" Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. "

Kawan-kawan,
" Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu. Oleh itu, perbuatan ini amat disukai kerana boleh memecahkan umat Islam sehingga tiada lagi kesatuan sesama mereka "

Terlalu banyak kesan buruk apabila kita terlibat dengan fitnah.
Tapi, Zyma just nak share Tips agar kita tidak terjebak dengan fitnah.

# Sentiasa mengingatkan diri bahwa segala perbuatan kita akan dicatat & dihisab oleh Allah s.w.t.

# Memotivasikan diri bahawa fitnah adalah suatu pendustaan dan pendusta balasannya adalah neraka Allah. Maka menolaknya adalah wajib.

# Memastikan setiap berita yg disampaikan kepada kita adalah benar-benar sahih sebelum disebarkan kepada orang lain.

# Tidak melayan sebarang bentuk berita atau cerita yg tidak diketahui kesahihannya apatah lagi disebarkan kepada orang lain.

# Sentiasa mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sendiri supaya timbul keinsafan untuk memelihara keaiban orang lain tanpa mengira kawan mahupun lawan.

Okay kawan-kawan, ini adalah peringatan buat anda dan juga diri ini sendiri.
Marilah kita sama-sama perbaiki diri di bulan yg mulia ini & semoga Allah permudahkan urusan kita.
Amin.



* Selamat berbuka ya kawan-kawan :)

Jul 21, 2012

Cara mendapatkan Syafaat



Salam ramadhan wahai sabahat :) macam mana sahur pagi tadi ?hee 
first day puasa mesti semua orang excited kan? macam Zyma. haha
Ingat ye kawan-kawan, bulan ramadhan nie adalah bulan yang sangat mulia, semoga kita mendapat keredhaan dariNya. Ameen.

Okaylah kawan-kawan, pagi nie Zyma nak share something dengan anda semua.
Act baru baca majalah Iman tadi, so ada banyak benda best yg boleh di kongsikan.
But, Zyma nak share tentang "cara-cara mendapat syafaat Nabi"

Menurut Dr. Fadlan, ada beberapa cara untuk mendapatkan syafaat Nabi di akhirat;

1) Tidak Mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun.

2) Berdoa selepas azan.
# Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud "Apabila dengar azan maka jawablah. kemudian selepas azan berdoalah memohon mendapatkan tempat tertinggi di akhirat kelak."

3) Banyakkan berselawat ke atas Nabi.
# "orang yg lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yg lebih banyak berselawat kepadaku."

4) Perbanyakkan sembahyang sunat.

5) Tunaikanlah hajat orang Islam.
# Sabda Nabi yg bermaksud "sesiapa yg membantu saudaranya untuk satu keperluan, maka aku akan duduk dekat timbangannya pada hari kiamat, jika timbangan baiknya berat, maka beruntunglah ia, tetapi sekira sebaliknya, maka aku akan berikan syafaatku kepadanya"

6) Bersaudara kerana Allah.
# "Aku akan memberikan syafaat kepada dua org yg bersaudara kerana Allah, bermula daripada aku diutuskan sehinggalah ke hari kiamat"

Baiklah kawan-kawan, ini sahaja yg Zyma nak share dengan anda semua.
Tak susah pun kan ?
Renung-renungkan lah :)

Jul 16, 2012

Cerita di siang hari



Salam sejahtera buat adik adik, abang abang, kakak kakak seta anda sekalian. 
Fuhhh seronoknya hari nie sebab Zyma & rakan-rakan yg lain dapat habiskan semester 1 dengan sebaiknya.
Berakhir dengan paper Law petang semalam. Boleh nampaklah muka-muka ceria setelah 4 bulan lebih berjuang untuk sem 1. 
Dan, kalau nak tahu apa yang kami buat tu okay ke tidak, tunggulah result exam pada 3 ogos nanti . #fuhhh, mcm tk sangka result keluar seawal tu#

Habis jea paper semalam, balik hostel terus kemas barang. #walhal dah kemas 2 3 hari before tu lagi#
 then Zyma naik bus pukul 10 malam semalam and sampai around 5.30 pagi tadi.
Ingat sampai rumah nak tidur, but sampai sekarang nie hahh tak tidur. Dok tahanlah mata nie. *kononnye tknak tidur sianglah nie* hoho 
 Now, Zyma duduk dekat rumah sorang-sorang. Waaa sedih jea kan? Korang kesian tak ?haha 
Selama sebulan setengah akan lalui situasi ni. 
Sungguh mesti bosan nanti.
(padahal baru berapa jam jea kat rumah, huhu)

Okaylah ,sementara berkesenpatan nie kan , Zyma nak ucapkan selamat Menyambut Bulan Ramadhan. 
Wahhhh , gila excited kan sebenarnya nak puasa. Haaa
Ingat ye rakan-rakan, bulan Ramadhan bulan yang mulia, perbanyakkan lah amalan :)
*peringatan buat kalian dan juga diri sendiri


#Semoga impian akan tercapai pada bulan Ramadhan ini. Ameen.