Jul 21, 2012

Cara mendapatkan Syafaat



Salam ramadhan wahai sabahat :) macam mana sahur pagi tadi ?hee 
first day puasa mesti semua orang excited kan? macam Zyma. haha
Ingat ye kawan-kawan, bulan ramadhan nie adalah bulan yang sangat mulia, semoga kita mendapat keredhaan dariNya. Ameen.

Okaylah kawan-kawan, pagi nie Zyma nak share something dengan anda semua.
Act baru baca majalah Iman tadi, so ada banyak benda best yg boleh di kongsikan.
But, Zyma nak share tentang "cara-cara mendapat syafaat Nabi"

Menurut Dr. Fadlan, ada beberapa cara untuk mendapatkan syafaat Nabi di akhirat;

1) Tidak Mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun.

2) Berdoa selepas azan.
# Sabda Nabi s.a.w yg bermaksud "Apabila dengar azan maka jawablah. kemudian selepas azan berdoalah memohon mendapatkan tempat tertinggi di akhirat kelak."

3) Banyakkan berselawat ke atas Nabi.
# "orang yg lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yg lebih banyak berselawat kepadaku."

4) Perbanyakkan sembahyang sunat.

5) Tunaikanlah hajat orang Islam.
# Sabda Nabi yg bermaksud "sesiapa yg membantu saudaranya untuk satu keperluan, maka aku akan duduk dekat timbangannya pada hari kiamat, jika timbangan baiknya berat, maka beruntunglah ia, tetapi sekira sebaliknya, maka aku akan berikan syafaatku kepadanya"

6) Bersaudara kerana Allah.
# "Aku akan memberikan syafaat kepada dua org yg bersaudara kerana Allah, bermula daripada aku diutuskan sehinggalah ke hari kiamat"

Baiklah kawan-kawan, ini sahaja yg Zyma nak share dengan anda semua.
Tak susah pun kan ?
Renung-renungkan lah :)

6 comments: