Cheeky Quotes

Dec 25, 2013

Surat cinta untuk diri



Salam buat semua. 

Haa awal-awal lagi dah tunjuk pasal final exam. adeshhh

So, disebabkan mood study tak muncul-muncul dah seminggu cuti ni, aku nak layangkan surat cinta.. haaa #layangkanlah sangat.

***********************************

Sayangku Hazimah,
Mohon belajar dengan rajinnya untuk kecapi kejayaan. Jangan nanti ada penyesalan dikemudian hari.

Ingatlah duhai Hazimah, 
Apa yang Allah berikan adalah daripada hasil usaha kita sendiri. Kalau sikit usahanya maka, sikitlah berolehnya. Jika banyak usahanya maka, akan banyaklah berolehnya. 

Wahai Hazimah,
Jangan pernah menghampakan hati orang-orang sekelilingmu. Mereka inginkan kejayaan daripadamu bukannya kegagalan. 

Sayangku Hazimah,
Masih sempat lagi untuk kamu mempersiapkan diri untuk tempuhi ujian ini. Gunakanlah waktu yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Jangan pernah kamu mensia-siakan waktu.

Sharifah Hazimah,
Fikirkan yang anda boleh. Selagi ada jalan, selagi itu ada kejayaan!

### Duhai mood study, muncullah dikau temani hari-hari indah ku ini :)

# Moga tiada penyesalan dikemudian hari. Aamiin

Dec 21, 2013

Ragam manusia


Salam buat semua. 

Saja aku nak berkongsi cerita, mudah-mudahan boleh buat tauladan buat kita semua.

Ada seorang atuk, isterinya baru sahaja meninggal dunia. Tidak mempunyai cahaya mata. Mereka diberikan kekayaan, kebahagiaan serta kejayaan sebagai rezeki di dunia ini. Namun, tidak sedikit pun mereka hidup dalam keadaan mewah. Hidup mereka biasa-biasa saja. 

Aku kagum dengan pasangan ini. Mengamalkan cara hidup yang sangat biasa. Semua orang menyenangi mereka. Bertahun tidak jumpa, dengan khabar berita yang mengatakan bahawa nenek sudah tiada, buat aku terdiam. Sesungguhnya aku sedar, itu semua takdir Ilahi. Semua redha.

Bukan kesedihan yang ingin aku kongsikan. Sikap serta ragam manusia yang aku ingin ceritakan.

Lumrah manusia yang cintakan dunia. Sifat tidak memikirkan orang lain, hanya mementingkan diri sendiri. 

Sesungguhnya atuk sangat baik orangnya. Tidak pernah berkira. Dengan kehilangan arwah nenek, atuk memerlukan sokongan moral dan bantuan daripada orang-orang disekelilingnya. 

Manusia yang tidak punya hati, tidak punya perasaan akan mengambil kesempatan atas kebaikan atuk. Mahu menuntut janji arwah nenek yang sudah tiada walhal belum pasti janji itu benar. Janji yang hanya untuk kepentingan sendiri, yang hakikatnya semua itu mampu untuk dia lakukan. 

Manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain adalah manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Menjaga atuk hanya untuk mendapatkan "sesuatu" bukan dengan niat yang sempurna. 

Mujur atuk bukan calang-calang orangnya. Orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya serta taat dengan suruhan Allah akan sedar bila orang lain ingin mengambil kesempatan terhadapnya. 

# Bukan harta mahupun wang ringgit yang akan selamatkan kita disana. 

# Ikhlaskan lah niat untuk kita melakukan sesuatu perkara. Sesungguhnya, Allah pasti membalas segala kebaikan mahupun kejahatan yang kita lakukan. 

**** Moga arwah nenek itu tenang disana. Semoga Allah merahmati dia.. dan memberikan kesihatan serta kesejahteraan buat atuk itu. Aamiin.

Moga Allah tunjukkan jalan


Salam buat semua. 

Terasa tenang sekali bila berada di rumah. Terasa aman dan damai. Sesungguhnya, rumah itu syurgaku. Walau jauh mana pun aku pergi, rumah jugalah aku cari. Dua bulan berjauhan dengan keluarga, sangat perlukan kekuatan. Hanya doa yang mampu aku kirimkan memandangkan jarang untuk berhubung. 

Mak, walid, abang, Amir, Haziq dan Haziqah.. Masing-masing aku rindu. Berhadapan dengan mereka dapat menghilangkan segala macam perasaan. Sedih dan duka berada di tempat orang membuat aku lemah kadang-kalanya. Hanya tangisan dan meminta bantuan pada Dia yang membuat aku kuat di samping sokongan moral yang diberi.

Orang kata aku kuat. Hakikatnya aku lemah. Aku lemah untuk perbaiki keadaan. Sesungguhnya hubungan silaturrahim itu sangat penting buatku. Bertemu kerana dia dan aku berharap hanya maut yang memisahkan dan berharap untuk berjumpa di syurga idaman semua. 

Aku merenung, berfikir dan memekirkan apa yang terjadi. Apakah ia salahku? Apakah ianya silapku.. Aku buntu, sungguh aku buntu. 

Aku bertahan.. Lama aku bertahan. Aku menerima walau siapa pun yang hadir di sisi. Aku bukan jenis memilih. Walau siapa pun dia, walau manapun asalnya, walau apapun sikapnya, aku terima. Sesungguhnya persahabatan dan perkenalan itu bukan kerana apa.. hanya kera Dia sang pencipta.

Kawan.. Apa erti kawan? Apa makna sahabat? Dan apa pula erti persahabatan? 

Aku berfikir.. Apa mungkin belum cukup aku menjaga hati mereka. Mungkin aku belum cukup memahami mereka. Atau mereka yang tidak nampak semua itu.. Hanya salah yang dicari, bukan mencuba untuk memahami apa yang aku lakukan.

Aku seakan tidak punya perasaan. Datang dan pergi sesuka hati. Bila rasa marah, bila rasa bosan abaikan. Bila rasa baik, datang mencari. Apa perlu untuk aku terus bertahan dan mempertahankan hubungan ini.. Pekara yang terjadi membuat aku sedar. Aku sedar siapa aku di hati dia. Mungkin dia tidak menganggap aku sahabat dia seperti mana aku mengganggap dia sahabatku. 

Dari awal perkenalan, aku cuba mengenali. Masuk tahap menjadi rakan sebilik, aku cuba memahami. Aku cuba pertahankan hubungan ini dari awal. Jika tidak, untuk apa aku berendam air mata menahan sikap ego dia. Aku berdiam, Aku bersabar. 

Sekarang, aku terpaksa lakukan ini. Berdiam diri walau selisih sekalipun aku tidak menyapa. Bukan niat aku untuk membalas dendam, aku cuma berharap dia sedar. Sakitnya hati bila kita berdiam diri sedangkan orang lain sibuk berfikir. 

Aku hormat pada mulanya. Aku sayangkan perkenalan ini. Namun aku terpaksa. Terpaksa untuk menunjuk yang aku membenci. walau bukan itu perasaannya.


# Kita bertemu kerana takdirnya. Perkenalan kita ada sebabnya. Persahabatan kita ada hikmahnya. 

# Apa yang terjadi mungkin untuk kita sedar dan berfikir,  apa perlu kita terusan begini atau kita saling perlukan untuk menjaga persahabatan kita.

# Gives and take sangat diperlukan dalam persahabatan.

## Moga Allah tunjukkan jalan.. 

** Good luck final exam nanti. wish you the best my friend. 
 

Didik Hati Jaga Lidah



Salam untuk semua. 
Saja nak berkongsi ilmu ni.
Tengah membaca utusan online, terjumpa pula artikel ni.
hee so copy jea laa untuk korang korang.
Kira macam tazkirah sebelum tidur la ni. hee :)

************************

MENDIDIK hati adalah pendidikan diri yang paling penting dalam kehidupan setiap manusia. Kalangan orang tua-tua dahulu selalu menasihatkan generasi sesudahnya agar didik hati supaya sentiasa istiqamah dan berbudi bahasa. Pendidikan hati dengan keimanan dan ketakwaan akan menjurus kepada kesederhanaan dan keinsafan.

Hati yang baik akan menjauhi segala dosa terutama yang melibatkan perkataan dan perbuatan. Justeru, kalangan remaja masa kini sewajarnya mendidik hati supaya segala tindak-tanduk kita sentiasa terpelihara dan tidak dimurkai Allah SWT.

Nabi SAW bersabda: “ Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan, maka Allah akan merahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan).” (riwayat Al Hakim)

Justeru, taubat, istighfar, zikrullah, tilawatil Quran, solat fardu dan nawafil serta amal soleh yang lain merupakan kunci yang terbaik ke arah mendidik dan membentuk hati, perasaan dan jiwa ke arah menjadi Mukmin yang mendapat hidayah, keampunan dan rahmat Allah SWT.

Hati dikatakan tempat bertapaknya segala hasad dengki, sombong, bakhil, riak, munafik (nifak), bangga diri (ujub), putus asa, cintakan dunia, perasaan dukacita, mengikut hawa nafsu, buruk sangka, enggan bertaubat daripada dosa, benci sesama Muslim, kufur terhadap Allah, tidak menyedari kejahilan diri, malas melaksanakan ibadah, ragu-ragu terhadap kebenaran ajaran Islam bermula.

Semua sifat ini bermula daripada hati. Kemudian memantulkan kepada percakapan dan perbuatan. Islam melarang keras semua perasaan ini wujud di hati kita kerana ia merupakan dosa hati yang boleh membinasakan diri dan dibenci oleh Allah SWT dan rasul-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud: Adakah patut mereka dengki kepada manusia atau nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya. (an-Nisa: 54)

Menurut Imam al-Ghazali tujuh perkara yang tercela yang boleh merosakkan diri sendiri. Antaranya; suka kepada permusuhan, merasakan kemuliaan diri, takbur, mengagumi diri sendiri, takut hilang cita-cita yang diinginkan, suka menjadi ketua dan jiwanya jahat dan kikir.

Oleh itu, amalan berbudi bahasa dalam masyarakat perlu ditekankan kembali melalui didikan hati di rumah dan di sekolah. Melalui pendidikan hati akan menjadikan budi bahasa lebih terpuji dan berfikir sebelum sesuatu perbuatan yang dilakukan.

Lantaran itu, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa memiliki hati yang soleh Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa. (riwayat Ath-Thabrani dan Muslim)

Ini akan menjadikan kehidupan dalam masyarakat lebih tenteram dan tidak akan berlaku perbuatan yang menjurus kepada kesombongan, hasad dengki, riak, cintakan dunia dan bangga terhadap kelulusan, rupa paras serta kedudukan.



cc : DR Aminudin Mansur (Didik Hati Jaga Lidah)