Cheeky Quotes

Dec 21, 2013

Ragam manusia


Salam buat semua. 

Saja aku nak berkongsi cerita, mudah-mudahan boleh buat tauladan buat kita semua.

Ada seorang atuk, isterinya baru sahaja meninggal dunia. Tidak mempunyai cahaya mata. Mereka diberikan kekayaan, kebahagiaan serta kejayaan sebagai rezeki di dunia ini. Namun, tidak sedikit pun mereka hidup dalam keadaan mewah. Hidup mereka biasa-biasa saja. 

Aku kagum dengan pasangan ini. Mengamalkan cara hidup yang sangat biasa. Semua orang menyenangi mereka. Bertahun tidak jumpa, dengan khabar berita yang mengatakan bahawa nenek sudah tiada, buat aku terdiam. Sesungguhnya aku sedar, itu semua takdir Ilahi. Semua redha.

Bukan kesedihan yang ingin aku kongsikan. Sikap serta ragam manusia yang aku ingin ceritakan.

Lumrah manusia yang cintakan dunia. Sifat tidak memikirkan orang lain, hanya mementingkan diri sendiri. 

Sesungguhnya atuk sangat baik orangnya. Tidak pernah berkira. Dengan kehilangan arwah nenek, atuk memerlukan sokongan moral dan bantuan daripada orang-orang disekelilingnya. 

Manusia yang tidak punya hati, tidak punya perasaan akan mengambil kesempatan atas kebaikan atuk. Mahu menuntut janji arwah nenek yang sudah tiada walhal belum pasti janji itu benar. Janji yang hanya untuk kepentingan sendiri, yang hakikatnya semua itu mampu untuk dia lakukan. 

Manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain adalah manusia yang tidak punya hati dan perasaan. Menjaga atuk hanya untuk mendapatkan "sesuatu" bukan dengan niat yang sempurna. 

Mujur atuk bukan calang-calang orangnya. Orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya serta taat dengan suruhan Allah akan sedar bila orang lain ingin mengambil kesempatan terhadapnya. 

# Bukan harta mahupun wang ringgit yang akan selamatkan kita disana. 

# Ikhlaskan lah niat untuk kita melakukan sesuatu perkara. Sesungguhnya, Allah pasti membalas segala kebaikan mahupun kejahatan yang kita lakukan. 

**** Moga arwah nenek itu tenang disana. Semoga Allah merahmati dia.. dan memberikan kesihatan serta kesejahteraan buat atuk itu. Aamiin.

0 000 orang meluangkan masa bersama Shazie:

Post a Comment