Cheeky Quotes

Jan 25, 2012

Umpatan membawa padah


Salam sejahtera buat adik adik, kakak kakak, abang abang , ibu ibu, bapa bapa dan anda sekalian :)
Hari hari duduk rumah macam nyhh serious bosan. Tak tahu nak buat apa kat rumah. huu
So, Zyma nak share lah dengan korang apa yang Zyma jumpa pagi nyhh .
*Entry nyhh panjang tau. Tak tipuu*

~MENGUMPAT~

Rasa macam best jee kan bila kita mengumpat & mengata orang.
Macam benda tuu tak salah.
In fact, sehari kita tak lakukan nyhh macam tak sah kan ?
Benda nyhh menjadi satu aktiviti wajib bagi kita semua.
Bukan perempuan jee, kaum adam pun sama jee sekarang nyhh.
Sometime tuu , lelaki nyhh lagi berlebihan bab mengata mengata orang.
Haishh
#maaf ye, jangan ada yang terasa#

Dunia sekarang , semua rasa diri masing masing tu hebat .
Sampai tak pernah fikir pasal kesusahan orang lain .
Yang dia tahu , cari kesalahan & kelemahan orang untuk dibahankan , digelakkan , ditertawakan dan macam macam lagi.
*Fuhh macam yang mengata tu hebat sangatkan?

Sama jee dengan yang punya blog nyhh , tak lari dari mengata orang .
Pantang orang tu buat salah , habis sampailah cerita tu dekat yang lain .
Kalau tak buat salah pun , kebaikan orang tu pun dipertikaikan ,
Sangat sangat KEJAM diri nyhh .

Hmm
Sekarang dah tak nak dah buat benda nyhh , INSAFlah kononnya .
Harap haraplah dapat menginsafkan diri yang kejam nyhh kan . AMIN .

So now, marilah kita sama sama berusaha untuk menjauhi diri dari melakukan amalan ini . #cehhh
Before that, Jom kita kaji kenapa kita nyhh suka sangat mengata orang lain .......

(Dari Imam Al-Ghazali)
*Perkara yang mendorong kita terjebak dengan amalan ini.

Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain

Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Dah baca ? Betulkan ? 
Memang senang sangat untuk kita terjebak dengan benda nyhh .
So, kita patut atasinya dengan langkah langkah dibawah ,

# KESEDARAN
~Kalau dah berkumpul tu , bila sorang start bukak cerita pasal diaa , kita mesti tak terlepas untuk menambah perisanya kan? So ,
* Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkan diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini. 
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
*Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama..
kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing. 
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni , sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

# JANGAN MARAH
~Kalau kita diumpat , apakan perasaan kita ? Mesti kecil hati dengan orang yang mengumpat tukan ? So , apa kita nak buat bila diumpat ? Mengumpat balik ? Oppsss ,
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

# PAHALA
~ Kita beruntung apabila diumpat & rugi apabila mengumpat .
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan

# TEMPIAS
~ Even kita tak buka mulut untuk mengata orang , Tapi ...
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ” Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu “. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang ” berdiam diri ” juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.
~Jadi , kita kenalah membengkang kata kata orang yang mengumpat tu.

IMAM AL-GHAZALI ada menyarankan ..
 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya iaitu, harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar; insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Jom renungkan lagi ,

# Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). 

Sabda Rasulullah bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

# Memandangkan buruk dan hinanya sikap mengumpat ini, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama sendiri bagi seseorang yang melakukannya. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. MasyaAllah ..

Akhir kata , jomlah teman teman kita merubah diri kita sebelum terlambat .

#Saia mendoakan awak , awak doakan saia juga ye ? Terima kasih :)

Jan 16, 2012

Mengejar Cinta & Meneroka ilmu Allah


Salam sejahtera buat adik adik, kakak kakak, abang abang, ibu ibu, bapa bapa dan anda sekalian.
Korang dah bacakan tajuk kat atas tuu? 
Korang rasa apa yang Zyma nak sampaikan? 
HUHU *kita main teka teka ea* :p
Sapa dapat jawab, Zyma bagiiiiiiiii
SMILE kat dia. WAHAHAHAH

Okay, before nak meleweh leweh kan, 
Korang tengok picture bawah nyhh dulu yee :)


Sudah tengok kan?
Seriously Zyma memang nak nangis bila tengok si kecil nyhh menadah tangannya berdoa pada Allah.

So, apa kaitan tajuk kat atas tuu kann ?
Hmm act Zyma nak share something. 
Apa yang Zyma rasa sekarang nyhh, dengan segala apa yang di alami oleh kawan kawan, and macam macam lagi lahh.

Korang, Alhamdulillah dan insyaAllah Zyma akan jumpa ketenangan yang Zyma cari-cari selama nyhh.
Impian Zyma yang dulunya di gelakkan, di ketawakan sinis, di perlekehkan oleh insan tuu akhirnya tercapai. InsyaAllah. Betapa aman damainya hidup Zyma sekarang nyhh.

Korang, MENGEJAR CINTA & MENEROKA ILMU ALLAH .

Buku MENCARI KETENANGAN JIWA, K.H. ABDULLAH GYMNASTIAR sangat membantu.
Untuk korang yang nak rasa apa yang Zyma rasa sekarang, amalkan lah baca buku tuu.
InsyaAllah korang akan jumpa apa yang korang cari selama nyhh.

Buat adik adik yang sekolah/belajar lagi tuu kan , Zyma rasa tak perlu kot korang nak bercouple bagai.
Kenapa? Kerana terlalu banyak SIDE EFFECT kalau korang couple then break. 
Jangankan budak sekolah, yang dah kerja pun sama jee kekadang. HUHU
Apa kata adik adik focus dekat study korang tuu jee, kan senang kan?
Jalan hidup korang jauh lagilah, dunia sekarang nyhh tak sama dah macam dulu.
Sekarang ILMU tersangatlah penting. 
Kalau kita tak ada ILMU, haishh hancur hidup kita kot.
Then , kalau setakat berilmu tapi tak ikut perintah Allah tak guna jugakan?
:D

Hmm CINTA DUNIA nyhh korang tak payah cari lahh kawan kawan. 
Cinta tuu akan datang dengan sendirinya tanpa dicari.
Yang korang perlu cari, perlu kejar adalah CINTA ALLAH ! CINTA yang HAKIKI !
Kawan kawan, bila kita mencintai Allah, terlalu banyak manfaat yang kita dapat. 
Dari mencintai insan sepenuh hati, haa apa yg kita dapat? DOSA kann?
Lagipun , belum tentu insan tuu jodoh kita kann ?

#renung-renungkan lah yee :)

Then TEROKA ILMU ALLAH ,
Huuu Sungguh seronok kalau kita dapat kenal Allah dengan lebih mendalam.
Korang tak teringin nak mencuba?
Bacalah buku buku motivasi yee, insyaAllah membantu :D
Kalau niat kita ikhlas nak mengenal Allah, Allah akan bantu .
Allah Maha mengetahui kan :)

Kepada siapa tempat hendak ku mengadu kalau bukan pada MU ....
hanya ENGKAU yang punya iradah ....
hanya pada ENGKAU yang punya kudrah ....
hanya ENGKAU yang punya kekuasaan ....
maka hanya pada ENGKAU tempat ku meminta .....
dengarlah rintihan dari hamba MU yang lemah lagi hina ini .....
andainya bukan pada MU , kepada siapa lagi harus ku mengadu ...
kerana sesungguhnya ENGKAU-lah yang Maha Mendengar ...
maka dengarilah rintihan hamba MU yang lemah ini ....

# Jangan ingat kita dah tahu banyak tentang ilmu Allah
# Banyak sebenarnya kekurangan pada diri kita nyhh
# Antara REDHA dan PASRAH, kita hanya mampu mengucap jee sebenarnya. Sedangkan hakikatnya hati kita masih tak redha dan pasrah dengan apa yang berlaku.
# Cinta yg hakikat yg patut kita miliki.
# Kebahagiaan tuu ada jee sebenarnya, kita yang tidak menyedari ...

*************



Jan 12, 2012

Kesedihan, keperitan , kekecewaan dapat dekatkan lagi diri kita dengan Allah .


Salam sejahtera kepada adik adik, akak akak, abang abang, ibu ibu, baba bapa dan anda sekalian . ceehhwahh ayat macam nak bagi pidato pulak kan . ngee ~
Terasa nak masuk pidato pulak lah. Agak agak menang tak? HAHA Memang tak lah kann . Baru nak start jee dah kena reject ! Confirm ! HOHO

Okay, kali nyhh Zyma nak cakap pasal ujian yang datangnya dari Allah dapat mendekatkan lagi diri kita nyhh kepada DIA Yang Maha Esa ~~~

Before that, tadi Zyma beli (my mom paid) dua naskah buku motivasi , then masa tengah pilih pilih buku tuu kan , adik Zyma tegur , "taubat apa kaq?" HAHA Asam jawa punya adik , kan ?
Huhh Salah ke kalau iye pun Zyma nak bertaubat ? 
Tak kott , Its up to our self rigth ? 
# Kalau kau nak buat jahat , buatlah , aku dah serik dahh . 

So , back to our topic, entry kali nyhh memang macam Islamic sikit , kalau ada yg tak suka tuu HARAP MAAF lah yee :D

Okay nak start dah nyhh , HUHU

# " KOLEKSI MUTIARA KATA AL-QARNI , DR. `AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI "

Dah bacakan atas tuu ? Act tuu tajuk buku dan penulisnya.
Seriously Zyma cakap, motivasi dari Dr. Aidh tuu memang best ! Berkesan sungguh mendamaikan jiwaku yang resah ini. HEE Tetiba masuk lirik lagu nasyid pulakkan . AGAGA :D

Hmm macam lari tajuk jee Zyma nyhh kan ? HAHA Suka sangat meleweh-lewehlah Zyma nyhh !

*********
Buat kalian yang baca entry nyhh ,
Zyma just nak bagitahu yang setiap ujian yang datang kat kita berbeza. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak ketahui.
Sayanggsss , Allah tak akan sekali-kali datangkan ujian buat hambanya yang tak mampu. Setiap ujian yang ditujukan kepada kita semua sebenarnya kita mampu hadapinya. Just kita yang tak sedar .
Buat yang bercouple- coupling tuu kan, Zyma nasihatkan supaya korang tak berharap sangat yang buah hati korang tuu akan jadi jodoh korang. Just berserah pada-NYA.
Sebab apa Zyma cakap macam nyh ? Sebab Zyma dah pernah rasa. Sakit, Perit macam mana bila hilang orang yang Zyma harapkan untuk imamkan solat Zyma satu hari nanti. Sangat sakit . Maybe ada di antara kalian yang pernah rasa semua nyh kan ?
Gurlsss , please lah jaga diri korang. Jangan sewenang-wenangnya korang ikut cakap buah hati korang tuu. Dia belum jadi suami korang yang SAH lagilah.
Boysss , kalau betul korang sayangkan perempuan tuu , korang tak sepatutnya SENTUH dia . Even tangan pun , HARAM tetap HARAM kan ?

Gurlsss , bila korang hilang someone yg korang sayang, please lah jangan layan sangat perasaan sedih tuu . JUST FORGET AND LET IT GO .
Korang patut sedar yg perpisahan tuu sebenarnya membawa SERIBU ERTI buat korang.

Allah menguji kita sebab dia nak kita dekatkan diri kita lebih kepada-NYA. 
Sesungguhnya bahagia tuu ada , cepat mahupun lambat jee Allah nak berikan. That why kita kena banyak berdoa , mohon pertolongan dari Allah.

Korang, FORGIVE and FORGET tuu kan bagus. Janganlah korang nak simpan dendam pada EX EX korang tuu dengan apa yang dia buat.
Seriously Zyma pernah try benci dia & dia, buat I cant . Sebab Zyma minta supaya Allah jauhkan perasaan itu. Dulu yee Zyma nyh PEDENDAM . Apa yg orang buat dekat Zyma, Zyma selalu balas. Tapi dekat orang lain. #kesiankan orang yg kena tuu? 
So, korang tk terfikir ke kalau korang simpan dendam tuu kan , sebenarnya akan menyakitkan hati korang juga one day nanti . 
WHAT GOES AROUND COMES AROUND 
Tak payahlah korang nak berbalas apa yang korang kena. 

Okay, nyhh je kot yang Zyma nk share . HUHU

AKHIR KATA : 
# Marilah kita dekatkan diri dengan Allah untuk memiliki cinta sejati. <3
# Tiada ujian yg akan menggagalkan diri kita <3
# Zikir & istighfar itu penguat hati <3

MARILAH AMALKANNYA <3



_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me