Jun 15, 2015

Ahlan Wasalan Ya Ramadhan


Segala puji bagi Allah, kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk merasai nikmatnya bulan Ramadhan. 

Ahlan Wasalan Ya Ramadhan.. Sesungguhnya kami merindukan bulan mulia yang penuh dengan keberkatan ini.

Allah, syukran ya Allah kerana memberikan kami peluang berada di bulan mulia ini. Hanya berbaki 2 hari sahaja lagi dan kau dakaplah hati-hati kami Ya Allah. Moga kami bisa istiqomah dalam mencari redho-MU ya Allah.. 

Allah..

Tahun ini.. Ramadhan kali ini terasa asing sekali tanpa kehadiran walid. Sekejap masa berlalu, sudah hampir 6 bulan arwah walid meninggalkan kami. Sebak rasa hati bila tak dapat bersama-sama dengan arwah walid seperti tahun-tahun sebelum ini. 

Tambah pula, kali ini berjauhan dengan keluarga yang memerlukan aku berpuasa dengan sendirinya. Bersahur dan berbuka sendirian belum pernah lagi terjadi dalam hidup ini. 

Terasa berat sekali semua ini. Namun, inilah hakikatnya. 

# Selamat menyambut bulan ramadhan semua. Selamat berpuasa.


Jul 10, 2014

Kisah hati

Assalamualaikum buat teman semua. Salam Ramadhan..

Alhamdulillah, pengajian Ijazah Sarjana Muda kini kian hampir ke penghujungnya. Hanya tinggal satu fasa sahaja lagi. Yes indeed! Satu fasa iaitu praktikal. In Sya Allah, awal bulan lapan hingga ke pertengahan bulan disember. Moga dipermudahkan semuanya. Buat teman-teman semua, mohon jangan mudah mengalah dan berusaha hingga ke penghujung ye. Moga Allah redha usaha kita semua. In sya Allah, ameen.

In sya Allah, entry kali ni Zyma nak berkongsi tentang perjalanan sepanjang pengajian di Dungun. Moga ada perkara yang bermanfaat untuk anda yang membaca. 

2 tahun setengah bukan jangka masa yang lama sebenarnya. Mungkin ada yang merasakan ianya sangat lama namun, andai kita menghargai dan menerima setiap perkara yang terjadi, kita akan merasakan jangka masa itu sekejap sebenarnya. 

Perjalanan dimulai dengan semester 1, mulanya takut untuk memulakan. Takut dengan penerimaan, takut dengan suasana sekeliling, takut kerana berfikir yang kita tidak mampu untuk bawa diri. Namun, kian lama kita berani, kita berani kerana kita mampu untuk bergaul, berkenalan dengan rakan-rakan baru, rakan-rakan yang datangnya dari pelbagai daerah dan negeri. Apa yang mampu dikongsikan di sini, "menerima, give and take". 

Kita harus menerima setiap perkara yang terjadi. Kita perlu sentiasa ingat, Allah tak akan datangkan seseorang/ sesuatu perkara itu kepada kita tanpa sebab dan alasan melainkan untuk kita menghargai. Andai kita tidak menerima, sungguh kita tidak akan menghargai setiap apa yang datang kepada kita. 

Pelbagai dugaan yang perlu ditempuh untuk menamatkan pengajian ini. Sakit perit, suka dan duka, gelak tawa rakan-rakan tidak mampu untuk dilupakan. Setiap apa yang terjadi, ada alasannya tersendiri. Mungkin kita tidak sedar masa kini namun, kita akan sedar untuk masa akan datang.

Untuk sampai ke tahap ini bukannya mudah. Sekali kita buat silap, sampai ke sudah orang akan ingat. Bahkan, silap yang kita tidak buat juga orang sibuk bercerita, dicanang sana dan sini untuk kita dipandang hina, kotor dan teruk perilakunya. 

Kawan, kawan teramat mudah untuk kita ada. Namun, sahabat sejati terlalu sukar untuk kita peroleh. Hingga sampai satu tahap, kita berfikir lebih baik kita bersendiri. Walau punya teman yang bermacam ragam, pelbagai kerenah, namun alhamdulillah, sahabat disana bukan seorang dua, ramai yang boleh dibuat sahabat. Kunciya cuma satu, "menerima" "give and take". 

Andai kita sedar yang kita banyak berbuat khilaf, kadang tingkah-laku kita menyakitkan orang, kadang perkataan kita menyinggung perasaan orang, kita perlu menerima khilaf orang lain. Itu kunci persahabatan. Kita. Yess KITA yang perlu menerima andai ingin diri kita diterima. 

Pelbagai kenangan yang diperoleh disana namun, kita perlu hargai semuanya. Kenangan manis mampu membantu kita untuk terus bergembira walhal, kenangan pahit mampu membantu kita untuk terus bangkit dari berbuat silap. 

Dungun. Aku terlalu gembira berada di sana hingga aku leka dan alpa untuk menjaga diriku.. Aku lalai dalam menjaga hati manusia.