Jan 25, 2012

Umpatan membawa padah


Salam sejahtera buat adik adik, kakak kakak, abang abang , ibu ibu, bapa bapa dan anda sekalian :)
Hari hari duduk rumah macam nyhh serious bosan. Tak tahu nak buat apa kat rumah. huu
So, Zyma nak share lah dengan korang apa yang Zyma jumpa pagi nyhh .
*Entry nyhh panjang tau. Tak tipuu*

~MENGUMPAT~

Rasa macam best jee kan bila kita mengumpat & mengata orang.
Macam benda tuu tak salah.
In fact, sehari kita tak lakukan nyhh macam tak sah kan ?
Benda nyhh menjadi satu aktiviti wajib bagi kita semua.
Bukan perempuan jee, kaum adam pun sama jee sekarang nyhh.
Sometime tuu , lelaki nyhh lagi berlebihan bab mengata mengata orang.
Haishh
#maaf ye, jangan ada yang terasa#

Dunia sekarang , semua rasa diri masing masing tu hebat .
Sampai tak pernah fikir pasal kesusahan orang lain .
Yang dia tahu , cari kesalahan & kelemahan orang untuk dibahankan , digelakkan , ditertawakan dan macam macam lagi.
*Fuhh macam yang mengata tu hebat sangatkan?

Sama jee dengan yang punya blog nyhh , tak lari dari mengata orang .
Pantang orang tu buat salah , habis sampailah cerita tu dekat yang lain .
Kalau tak buat salah pun , kebaikan orang tu pun dipertikaikan ,
Sangat sangat KEJAM diri nyhh .

Hmm
Sekarang dah tak nak dah buat benda nyhh , INSAFlah kononnya .
Harap haraplah dapat menginsafkan diri yang kejam nyhh kan . AMIN .

So now, marilah kita sama sama berusaha untuk menjauhi diri dari melakukan amalan ini . #cehhh
Before that, Jom kita kaji kenapa kita nyhh suka sangat mengata orang lain .......

(Dari Imam Al-Ghazali)
*Perkara yang mendorong kita terjebak dengan amalan ini.

Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain

Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Dah baca ? Betulkan ? 
Memang senang sangat untuk kita terjebak dengan benda nyhh .
So, kita patut atasinya dengan langkah langkah dibawah ,

# KESEDARAN
~Kalau dah berkumpul tu , bila sorang start bukak cerita pasal diaa , kita mesti tak terlepas untuk menambah perisanya kan? So ,
* Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkan diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini. 
Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.
*Masing-masing ada kekurangan. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama..
kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing. 
Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni , sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

# JANGAN MARAH
~Kalau kita diumpat , apakan perasaan kita ? Mesti kecil hati dengan orang yang mengumpat tukan ? So , apa kita nak buat bila diumpat ? Mengumpat balik ? Oppsss ,
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.

# PAHALA
~ Kita beruntung apabila diumpat & rugi apabila mengumpat .
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan

# TEMPIAS
~ Even kita tak buka mulut untuk mengata orang , Tapi ...
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ” Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu “. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang ” berdiam diri ” juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.
~Jadi , kita kenalah membengkang kata kata orang yang mengumpat tu.

IMAM AL-GHAZALI ada menyarankan ..
 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya iaitu, harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar; insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Jom renungkan lagi ,

# Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). 

Sabda Rasulullah bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

# Memandangkan buruk dan hinanya sikap mengumpat ini, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama sendiri bagi seseorang yang melakukannya. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. MasyaAllah ..

Akhir kata , jomlah teman teman kita merubah diri kita sebelum terlambat .

#Saia mendoakan awak , awak doakan saia juga ye ? Terima kasih :)

2 comments:

  1. like this post.. x elok mengumpat ni lebih baik kita lihat kelemahan diri kita yang perlu diperbaiki kan :)

    singgah n follow sini :)

    ReplyDelete
  2. heee~ tahu tak apa . sebenarnya diri kita nyhh lg banyak kurangnya dari orang lain tuu .

    ReplyDelete