Luahan perasaan
Mengapa perlu rasa rindu pabila ia menyedihkan.
Mengapa perlu rasa sayang pabila akan kehilangan.
Sememangnya cerita kali ini berkaitan dengan dia. Yes, dia yang aku sendiri tak tahu di mana. HAHA
Dia bukanlah teman istimewa yang perlu ditunjuk serta diceritakan kepada semua. Dia adalah teman umpama abang yang sangat diperlukan.
Saat ini, hati merintih mencari dia. Ke mana hilangnya dia aku sendiri tak pasti. Yang pastinya, dia berdepan dengan exam siang tadi. Mungkin masih lagi di sana. Apa yang diharapkan, semoga dia baik-baik sahaja.
Aku sangat merindui dia. Itu adalah hakikat.
Mungkin ini apa yang diinginkan. Apa yang selama ini ditakutkan mungkin terjadi. Aku belum bersedia untuk itu. Aku belum bersedia untuk merasa kehilangan untuk kesekian kalinya. Walaupun aku tahu, itu adalah hakikat yang harus aku terima namun maaf, aku belum cukup bersedia.
Di saat aku perlu menyiapkan tugasan-tugasan akhir sebelum menamatkan semester ini, saat itulah datangnya ujian pada aku. Hanya tersenyum, gelak ketawa yang mampu aku lakukan untuk berdepan dengan ujian itu. Aku ingin bercerita. Cuma tidak tahu pada siapa yang patut aku ceritakan. Sudahnya, pendam itu adalah yang terbaik.
Mungkin, jika aku kuat, aku akan terus melakukan apa yang terjadi sekarang ini. Berdiam diri tanpa khabar berita. Masa itu barulah dapat aku berfikir, muhasabah diri terhadap perasaan aku sendiri.
Maaf mungkin diberi. Bagilah seribu alasan sekali pun, hakikatnya sangat perit untuk aku terima. Aku merasakan semua ini tidak sepatutnya terjadi.
Aku punya perasaan. Jangan kerana dia tahu apa perasaan aku, semudah itu untuk dia persendakan.
Aku punya hati. yang mungkin akan berubah bila terlalu kecewa diperlakukan begini.
Aku cuma tak mahu jatuh lagi. Sangat perit apa yang dirasakan dulu dan aku tak mahu itu terjadi lagi. Aku kena lebih kuat, itu yang pasti.
Aku tak menepati janji. Mungkin sebab itu semua ini terjadi.
# La Tahzan. Walau apa pun yang terjadi, Allah bersama kita. Rancangan Dia jauh lebih baik daripada apa yang kita rancangkan.
# Have fun with your life my dear brother :)
0 000 orang meluangkan masa bersama Shazie:
Post a Comment