Feb 17, 2014

REVIEW NOVEL: Anthem

Salam buat semua.

Kali ni saja Zima nak kongsi tentang novel yang bertajuk "Anthem". Novel yang ditulis oleh Hlovate. Siapa yang minat baca buku yang ditulis Hlovate mesti suka novel anthem ni. Sebab apa? Sebab di dalamnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil. 

Novel ni bukanlah novel baru pun. Terbitannya tahun lepas. Tapi bagi Zima novel ni novel baru, sebab baru beli and baru baca. haha. Nak buat macam mana kan, masa tak mengizinkan nak usha-usha novel masa tengah belajar. So, pada yang dah baca novel ni, bolehlah kongsikan sekali apa yang anda dapat. Best ke tak ke, sama ke tidak kita punya pendapat. hee


Anthem. Sebuah novel yang mengisahkan seorang remaja Melayu dan Islam yang berasal dari Malaysia tetapi dirinya dibiasakan dengan gaya hidup luar. Dek kerana tidak biasa dengan cara hidup di Malaysia, Dania sukar untuk menerima apabila dia dihantar pulang oleh ibu dan ayahnya ke Malaysia. 

Pelbagai andaian, tanggapan serta tohmahan yang diterima oleh Dania selama dia disekolah berasrama yang kesemua pelajar perempuannya bertudung. Dek kerana cara hidup yang berbeza, Johan (sepupu yang tua setahun) yang belajar di sekolah yang sama sering menasihati Dania walaupun ianya bagai masuk telinga kira keluar telinga kanan. Malah, Lee (penguasa disiplin brass band, etc)  merupakan kawan Johan juga sering mengingatkan Dania agar menjaga tutur kata dan tingkah lakunya walaupun dirinya sangat dibenci Dania. 

Dania berubah setelah menyertai kem apabila tamat peperiksaan SPM. Dengan bantuan Kak Jiji (Fasi kem), Dania cuba mencari dirinya dengan mengenal dan belajar kembali tentang Islam. Ditambah pula dengan menyambung pengajian (IB) di Malaysia selama dua tahun, Dania dapat menyesuaikan dirinya dengan cara hidup Islam di Malaysia. 

Perubahan Dania hanya diketahui adiknya dan Johan pada mulanya. Apabila dia menyambung pengajian di Aberdeen, dia berjumpa semula dengan Lee, sett (rakan sekelas) dan sepupunya. Bantuan serta dorongan yang diberikan Kak Trisy dapat menguatkan Dania untuk berhadapan dengan ibu dan ayahnya dengan menjadi adamantium. 

Pelbagai lagi kisah menarik yang boleh diperolehi daripada novel ini. Antaranya, Kisah hubungan Dania dan Lee yang akhirnya mengikut cara Islam atas bantuan Kak Trisy dan suaminya. Kisah adiknya menyertai kem dan mengenal kembali erti Islam. Semuanya di dalam novel Anthem. :)
" everybody has a past, everybody lives a present,and everybody deserves a future"

# Sungguh tak rugi baca Anthem ni. Tak tipu.

4 comments:

  1. pernah baca tajuk novel ni. hehe, baca tajuk jer. belum berkesempatan untuk membacanya. hehe~
    oo, macam best jer ceritanya. Nak baca la nanti.

    ReplyDelete
  2. Kak, cube try bace tulisan Hlovate tajuk Contengan Jalanan. Hihi. Ke dh bace?

    ReplyDelete