Feb 24, 2014

Wrong is wrong, Right is right


Salam sejahtera buat semua. Apa khabar anda semua hari ni? Harapnya semua sihat hendaknya :) Aamiin

Bila tak berapa ada kerja yang nak dibuat, sebelum balik semula ke Dungun nun jauh sana tu kan, Zima ada benda nak kongsi dengan semua. hee bermanfaat juga rasanya buat anda semua tak kira usia pun tau! HEHE

Sebelum tu kan, Zima nak tanya korang pernah jumpa/baca/ dengar tak quote ni

" wrong is wrong even if everyone doing it and right is right even if only you the one doing it"

Mesti pernah baca/jumpa kat mana-manakan? So, apa yang korg fikir tentang ayat ni? Kalau tak banyak, mesti ada satu yang terlintas dalam minda korang. Am I right?

Bagi Zima kan, bila baca "wrong is wrong even if everyone doing it" , Zima terus terfikir, apa yang pernah dan sedang Zima lakukan. Rasanya tak payah sebut kat sini pun semua orang terfikirkan benda yang sama. Perhaps. 

Sungguh, hati paling susah kita nak jaga. Istilah "couple" tu sebenarnya tak ada pun. Sebab bila ber-couple tu sikit sebanyak kita buat hati kita lalai. Bukan setakat hati sahaja, setiap perlakuan kita mungkin akan jadi lalai. Indeed. Tapi itulah yang paling susah untuk kita elak. Kita sama, kita serupa. Hati paling susah untuk kita jaga. 

Then, bila Zima baca "right is right even if only you the one doing it" , Zima terus teringatkan satu cerita ni. Rasanya boleh kot Zima kongsi kisah "seseorang" tu untuk dijadikan tauladan buat semua. 

"Jom pergi cafe beli makanan"
"Jom"

Maka mereka pun bersiap-siaplah untuk pergi membeli makanan. Keluar saja dari pintu bilik,

"Kau nak pergi mana?" Tanya jiran sebelah bilik.
"Pergi cafe beli makanan"
"Oh ingatkan nak pergi jogging time macam ni"

Diam. Senyum.

Mungkin ada yang memahami maksud tersirat kisah di atas. 

Sesiapa yang mengalaminya mungkin akan terasa sakit jika dia lemah. Namun, jika kita berpegang dengan apa yang betul, kita akan kuat untuk berhadapan dengan orang sekeliling. Wallahu A'lam.

# ambil iktibar daripada kisah-kisah orang sekeliling. Ikut mana yang betul dan tinggalkan apa yang salah.

#sama-sama kita muhasabah diri. Moga Allah bantu dan berkati kita. Aamiin.



3 comments:

  1. Are you facing error while login to Binance account? Login issues are perplexing and at the same time, exists all Binance Support Number of sudden. To fix them on the spot, is the top priority of professionals who work day and night to assist the users who have been dealing with the Binance issues and errors. Dial Binance support number +1877-209-3306 and get plethora of ways to handle the Binance query in the most accessible way.

    ReplyDelete