

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi ejen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi ejen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu.

Umum mengetahui bahawa koko mengandungi bahan peransang seperti kafein dan theobromine. Kuantiti bahan-bahan ini adalah kecil di dalam kandungan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi.

Walaupun masih tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat kajian menunjukkan coklat turut menjadi pendorong rasa sakit kepala terutama di kalangan pesakit migrain.

Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak kok dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat susu seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi ia juga mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia termasuklah lemak, protein, kabohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.

Coklat dikatakan mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas emosi.

Kajian Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang meghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.

Ramai percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Namun coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Theobromine yang terdapat di dalam coklat di dapati lebih berkesan daripada pengambilan ubat batuk. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak.

Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plimbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Hik hik..
ReplyDeleteCokelate ea..
"Antu Cokelat"
ahak..
yes saya pun suka sangat coklat..suka sangat.
ReplyDelete@darkhome
ReplyDeletehaaa coklat terbaikk :)
@sharifah syahirah
ReplyDeletehee sama minat, sama sharifah :)