Mar 10, 2012

Kebaikan solat di awal waktu


Salam sejahtera buat teman-teman yang tengah baca entry Zyma nyh. Terima kasih sebab sudi juga kalian menjengah blog Zyma nyh. Blog yang tiada apa-apa, yang simple and yang blablablabla *tk tahu nk cakap apa* hee. Yeah alhamdulillah hari nyh Zyma sihat. Just kaki je terasa sakit sebab jog hari tu. huhu. Harap-haraplah sakit nyh tak terasa lagi esok. Kalau tak, susah nak pergi kelas nanti. *cehh,mcm alasan jekan*

Okay kawan-kawan, hari nyh Zyma nak cakap pasal solat. Act, Zyma saje je tadi search something dekat mr.google. So, terjumpalah benda nyh. Betul atau tak tu Wallahhualam lah kan. ouhh ye, before tu, Zyma nak tanya sikitlah, korang jaga tak solat korang? Selalu tak korang melengah-lengahkan waktu solat?
#fikir-fikir dan renungkan lah ye lepas korang baca nyh nanti :)

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU DAN ALAM SEMESTA

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. 

Pada waktu Subuh
 alam berada dalam 
spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan 
penawar/rezeki dan komunikasiMereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata l ain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
 

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke 
spektrum warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian spektrum warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan denganfrekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? 

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada 
spektrum warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke 
spektrum warna merahdan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke 
spektrum warna Indigodan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan 
spektrum warna putih, spektrum merah jambu dan seterusnya spektrum ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebag ain ya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya 
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

# Ini buat kawan-kawan dan Zyma sendiri. Sama-samalah kita renungkannya ye :) Hakikatnya  memang tak bagus pun melengahkan waktu solat. Bukan lama punkan, kejap je tunaikan solat tu.

CREDIT TO: Firdaus Aziz

Mar 9, 2012

Rahasia coklat


Salam sejahtera buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu, bapa-bapa dan anda sekalian yang tengah baca entry Zyma nyhh. Hari nyhh ,hari yang amat membosankan. Sebabnya class tak ada. Huhh kebosanan nyhh telah menyebabkan Zyma nak share something yang menarik dengan korang petang nyhh. Apa benda ea Zyma nak share?? Haaa tengok gambar bawah nyhh dulu then continue your reading ye :)




 
Haaa amacam? Dah tengokkan? huu siapa yang tak tahu gambar apa kat atas tu? Haishh kesian dekat korang. Meyhh Zyma bagi tahu gambar apa tu ye.

COKLAT!!

heeehe ada yang tak kenal coklat ke? Takde kan? Semuanya kenalkan? huhu
Okay, sebelum sambung lagi, Zyma nak tanya dulu, Siapa kat sini yang HANTU COKLAT? Yeahh, kita sama :) give me five ! Agaga :D

Korang nak tahu nak, banyak kelebihan sebenarnya coklat nyhh. Nak tahu apaa ? Jom teruskan bacaa .

10 Fakta Menarik tentang Coklat 

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi 

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi ejen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi ejen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi. 

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat 

Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu. 

Arrow Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan 

Umum mengetahui bahawa koko mengandungi bahan peransang seperti kafein dan theobromine. Kuantiti bahan-bahan ini adalah kecil di dalam kandungan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi. 

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Migrain 

Walaupun masih tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat kajian menunjukkan coklat turut menjadi pendorong rasa sakit kepala terutama di kalangan pesakit migrain. 

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Peningkatan Paras Kolesterol 

Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak nuetral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL. Malah lemak kok dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak koko mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah. 

Arrow Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat 

Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat susu seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi ia juga mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia termasuklah lemak, protein, kabohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin. 

Arrow Coklat Tidak Bertindak Mengawal Emosi dan Tingkah Laku 

Coklat dikatakan mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak menyebabkan tindak balas emosi. 

Arrow Coklat Bukan Sebagai Punca Penyakit Jantung 

Kajian Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang meghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan. 

Arrow Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan 

Ramai percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Namun coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Theobromine yang terdapat di dalam coklat di dapati lebih berkesan daripada pengambilan ubat batuk. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak. 

Arrow Coklat Tidak Menyebabkan Barah 

Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plimbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.


So, itulah antara kelebihan coklat. Seriously coklat sangat bagus jika dijadikan makanan tambahan. *cehh ayat*. hee

 


Mar 8, 2012

New life, new spirit


Haii kalian :) Kalian apa khabar? sihat? Macam mana dengan korang yang nak berhadapan dengan final exam tu? Ready dah? hee Good luck ye buat sapa-sapa yang nak final tu. DEAN LIST milik korang. InsyaAllah :) And, buat adik-adik yang bersekolah tu, seronoklah next week start cuti dah kan? huhu Buat yang lain-lain tu, hope korang happy lah dengan apa yang korang buat. Ouhh ye, act Zyma baru je memulakan alam baru hari tu. alhamdulillah semuanya okay. Classmate okay,housemate pun okay juga. Rasa syukur sangat sebab Allah permudahkan urusan Zyma dekat sini. Terima kasih Allah :)

Zyma nak share dengan korang sikit pasal life Zyma kat sini. hee Sapa-sapa yang nak tahu tu sambunglah baca ye. Kalau tak nak tahu tu, Click je lah x kat atas tu.hoho *hope korang sudi bacalah ea*

Seriously memang berbeza duduk dekat sini. Tapi, ini yang Zyma harapkan. Duduk dekat kawasan desa, dekat dengan pantai, tinggal dekat kawasan yang jauh dari kenangan. Alhamdulillah setakat nyh Zyma belum sekali pun menangis dekat sini :) Rasa aman, tenang gila duduk sini. hmm Tipulah kalau cakap tak rindu dekat family, kawan-kawan dekat Johor tu kan. Zyma jadikan rindu tu as a spirit to stay here. 

Now, Zyma semangat untuk pergi kuliah. Excited. hee Hopefully semuanya akan sempurna selama Zyma dekat sini. Ameen. Korang, Zyma bersyukur sangat sebab Zyma ada teman-teman yang tak kan tinggalkan Zyma. Rasa bertuah sangat ada mereka. Dorang tak putus-putus doakan and bagi segala nasihat dekat Zyma.  InsyaAllah Zyma akan ingat segala nasihat mereka tu. 
"KITA BERJAYA SAMA-SAMA YE TEMAN-TEMAN"
" Pray for our friendships till Jannah "Ameen.

Okaylah, Zyma nak bersiap nak pergi jogging. haha
Babaii

# I miss my late friend damn much. He`s my special friend before. Sangat rapat dengan dia. Dialah kawan yang selalu ada dengan Zyma, faham Zyma even dia muda 2tahun dari Zyma. 9bulan dah dia pergi.  Rest in Peace Awak.. 


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me