Aug 2, 2012

Awak nak berubah? Syukur alhamdulillah...


Bismillahirrahmanirrahim- Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selamat Malam semua. Macam mana tarawih malam nie? hee
Okay act Zyma saje nak hilangkan debaran yang dirasa. Debaran apa? haa #result final hari tu nak keluar dah meyhh. huhu

Hmm entry nie sebenarnya khas untuk sahabat Zyma. Ouhh yes, dia bukan sahaja sahabat, dia juga merupakan kakak saya ye. *walaupun dia tak nampak macam kakak. hahah
But, anda sekalian pun boleh je baca kalau sudi. #terima kasih ye, sayang anda#

Okay, back to our topic.
Act kawan-kawan, sahabat Zyma nie nak sangat berubah. But, dia tak kuat.
Hampir menangis saya baca status dia petang tadi yang minta bantuan Zyma untuk guide dia.
Subhanallah. 
Sesungguhnya Zyma sendiri masih mencari-cari, terkapai-kapai lagi untuk merubah diri.
Saya hanya insan biasa, rasa tak mampu untuk guide orang lain namun, kata-kata Hassan Al Basri telah menyadarkan saya.

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." 

Maknanya, walaupun diri ini serba kekurangan, masih boleh untuk menasihati rakan-rakan yang memerlukan bantuan.
And, Zyma ada ingat satu ayat nie
"janganlah kamu sombong dan lupa diri dengan hanya melepaskan dirimu sendiri untuk masuk ke syurga"

Ouhh okay, nie nak cerita pasal Zyma ke sahabat Zyma nie sebenarnya?
haha biasalah kalau dah start nak membebel memang macam nie :)

Sahabat Zyma tu memang cantik. Anda cemburu? haha tak perlulah rasanya ye. 
Setiap kewujudan Allah itu memang dah cukup sempurna, cukup cantik termasuk anda yang membaca nie.
Bukan nak bangga diri Zyma punya teman yang cantik, namun hanya ingin berkongsi kisah sahaja.

Kawan-kawan, 
cantik tapi tak simpan tak guna jugakan?
Kan molek kalau anda cantik diluar & cantik di dalam. hee *macam lagu.... apetah, tak ingat tajuk*

Anda nak berubah, tapi anda takut.
Apa yang anda takutkan ye? Allah kan ada.
Allah sentiasa bersama kita.
So, tak perlu rasa takut untuk membuat perubahan.

Arghhhh lantaklah apa orang nak kata.
Nak tunjuk baik ke, nak tunjuk alim ke, yang penting awak ada niat serta keinginan untuk berubah.
Awak takut hilang kawan sebab awak nak berubah ke arah kebaikan? 
Atau takut hilang gf/bf awak?
haishhh tak perlu..


Percayalah,
kalau mereka sayangkan awak, mereka akan support awak. Bukan memperkecil keinginan awak tu.

Awak, walau siapa pun kita di masa lalu, ianya bukan penghalang untuk kita terus berubah.

 
Awak kena kuat semangat, apa yang perlu awak kena tanam dalam diri yang awak boleh buat.


Okay awak, mintalah bantuan Allah :) insyaAllah..
Saya hanya mampu beri serendah-rendah bantuan untuk awak.

Wish you all the best :D

#Orang kata kita kena terima orang tu macam mana pun dirinya. kan? 
 *yess, but tak salah jugakan kalau kita nak tengok dia berubah? hee
 

Jul 29, 2012

Tak semua dalam hidup kita indah




" sometimes we need to forget what`s gone, appreciate what still remain and look forward to what`s coming next "

" smile like you`ve never cried, fight like you`ve never loss, love like you`ve never been hurt and live like there`s no tomorrow "


Apa yang berlaku dalam hidup kita tak semuanya indah,
Tak semua yang kita impikan tercapai,
Segala apa yang kita hajati belum tentu tertunai.
Namun, kita perlu ingat bahawa semua itu telah ditentukan oleh-Nya.

Kita perlu tahu bahawa apa yang kita fikirkan baik untuk kita kadang kala tak baik sebenarnya.
Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kita insan yang lemah, manusia yang tak pernah lepas daripada berbuat kesilapan.
Namun, itu bukan alasan untuk kita terus melakukan kesalahan.

Setiap manusia memerlukan peluang kedua untuk perbaiki diri.
Tidak kira siapa pun diri kita, apa pun dosa & salah yang telah kita lakukan.

Mungkin kerana diri yang tidak kuat untuk menahan diri daripada melakukan kesilapan, atau mungkin kurangnya ilmu dalam diri sebagai petunjuk jalan. 

Sama-samalah kita perbaiki diri untuk persiapan di alam sana kelak.
Ingatlah, kegembiraan dunia adalah sementara dan akhirat adalah yang kekal abadi.



Khas buat awak:
# I.m always pray for your happiness. Be a good men and also husband for her. 
# I.m miss you but nothing can I do. Hanya berdoa jika diizinkan Allah kita bertemu.
# Just forget what we have done, it is our past. I.m knew she can makes you happy more. NH, Congrats because your dream come true.