Apr 25, 2012

Open your eyes, think of your life .



Salam Sejahtera, Salam 1 malaysia buat adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu, bapa-bapa dan anda sekalian :)
Haishh lamanya Zyma tinggalkan blog nyh . Sebulan lebih kurang.
Huu maaflah ye , seriously busy. Tak sempat pun nak update blog.
And now, dalam tengah mengantok buat assignment nyh, Zyma nak share sikit dengan kalian apa yang Zyma dapat sejak dua menjak nyh.

Zyma bersyukur sebab dapat join IPM, institute pemimpin muda dekat UiTM dungun. Even baru first sem, macam-macam dah Zyma belajar dari senior dekat situ. 
And, Zyma bersyukur sebab dapat join program yang melibatkan IPM.
Baru nyh, ade program Pewaris Bangsa dekat Pulau Pangkor. yeahh , I make a mistake, but I learn something.
Zyma baru first time join program yang melibatkan meraka yang hebat-hebat. Sungguh, kalau program Pewaris Muda Zyma boleh aktifkan diri, masa program Pewaris Bangsa nyh langsung Zyma senyap. Terkejut, Sampai tak terkata.
Hmm memang kena marahlah naik cuti nanti kan, HAHA . Apa boleh buat, silap sendiri, terima jelah . 

Okay, tak nak dah Zyma membebel panjang-panjang.
Straight to the point ,
Siapa tahun nyh layak mengundi?
Daftar dah?
Bagi yang dah daftar tu, baguslah. but buat yang belum tu, bila kalian nak daftar ye? huhu
Jangan jadikan alasan kalian tengah study and malas nak campur tentang nyh. 
Ingatlah, mengundi nyh amanah. and Amanah wajib kita tunaikan, am I right?
Renung-renungkanlah ye :)

So, bila kalian dah mendaftar tu, mesti peningkan nak fikir mana yang patut kalian sokong, mana yang patut kalian undi.
hmm satu je yang Zyma boleh pesan,
THINK OF YOUR LIFE !
Please, masing-masing dah besarkan, boleh berfikir dengan baik, sanggup ke kalian gadaikan Agama, Bangsa & Negara kalian nyh pada orang lain? Pada golongan yang tak layak?
Sedarlah kalian, siapa yang bantu hidup rakyat dekat negara nyh, siapa yang banyak berjasa pada negara nyh, tak terbalaslah apa yang mereka buat.

Janganlah di sebabkan janji-janji manis, kata-kata yang selfish tu kalian melupakan meraka yang banyak membantu kalian dan rakyat selama nyh.
Think twice, kalian rasa boleh tertunai ke janji-janji tu?
Lihatlah pada masa silam, apa yang terjadi, janganlah kalian biarkan pisang berbuah 2 kali.

Bersyukurlah kalian dengan apa yang ada sekarang nyh.
insyaAllah negara kita akan kekal aman jika mereka yang menjaga.

# Berfikirlah untuk kebaikan anda.
# Janganlah terpedaya dengan something yang tak pasti.
# Selamatkanlah Agama, Bangsa & Negara anda, anda yang menentukan semuanya.


Mar 10, 2012

Kebaikan solat di awal waktu


Salam sejahtera buat teman-teman yang tengah baca entry Zyma nyh. Terima kasih sebab sudi juga kalian menjengah blog Zyma nyh. Blog yang tiada apa-apa, yang simple and yang blablablabla *tk tahu nk cakap apa* hee. Yeah alhamdulillah hari nyh Zyma sihat. Just kaki je terasa sakit sebab jog hari tu. huhu. Harap-haraplah sakit nyh tak terasa lagi esok. Kalau tak, susah nak pergi kelas nanti. *cehh,mcm alasan jekan*

Okay kawan-kawan, hari nyh Zyma nak cakap pasal solat. Act, Zyma saje je tadi search something dekat mr.google. So, terjumpalah benda nyh. Betul atau tak tu Wallahhualam lah kan. ouhh ye, before tu, Zyma nak tanya sikitlah, korang jaga tak solat korang? Selalu tak korang melengah-lengahkan waktu solat?
#fikir-fikir dan renungkan lah ye lepas korang baca nyh nanti :)

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU DAN ALAM SEMESTA

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. 

Pada waktu Subuh
 alam berada dalam 
spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan 
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. 
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata l ain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
 

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke 
spektrum warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian spektrum warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan denganfrekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? 

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada 
spektrum warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
 
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke 
spektrum warna merahdan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke 
spektrum warna Indigodan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam
, alam mula bersinar kembali dengan 
spektrum warna putih, spektrum merah jambu dan seterusnya spektrum ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebag ain ya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya 
bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

# Ini buat kawan-kawan dan Zyma sendiri. Sama-samalah kita renungkannya ye :) Hakikatnya  memang tak bagus pun melengahkan waktu solat. Bukan lama punkan, kejap je tunaikan solat tu.

CREDIT TO: Firdaus Aziz